Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12 Februari, 1949, Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.
Dia sungguh kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Imam Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu,
- memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.
- Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad
- seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.
Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
Jadi kita di Malaysia harus memahami lebih mengenai keadaan negara kita..betul ka kita berada di landasan sebuah negara Islam ni...kalu PM kita sendiri melabelkan Ikwanul Muslimin itu extreme / extremist maka dalam minda saya (tuan-puan tak perlu ikut saya) bahawa dia meremehkan perjuangan dakwah Islam..malahan kata-kata Syeikh Sudais bahawa Malaysia sebuah negara Islam terbaik pun saya tak heran (nk heran apa dengan UMNO ni)..bukan Syeikh Sudais yang perintah Malaysia pun..
1 dari 10 wasiat Imam Hassan al Banna ;-
"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah."
No comments:
Post a Comment