Nampak gaya nya sudah terserlah beberapa kelemahan ( timbul akibat daripada sifat terlalu lembut ) pentadbiran kerajaan negeri kelantan dan juga kedah.Kedua-dua negeri ini di tadbir PAS..
Pertamanya dinegeri kelantan beberapa isu belum terjawap (atau sengaja mengunci mulut sebab lemah atau dah silap tapi takleh buat turning back)..Antara isu yang berlegar-legar di blok puak UMNGOK adalah ;-
a)...Isu tanah di Kubang Kerian
Isu tanah yang diperolehi oleh cina-cina..(samada semasa UMNGOK memerintah dan juga semasa PAS memerintah dan mungkin juga sebab dulu cina-cina ni dekat dengan bekas sultanah kelantan)..namun tiada apa-apa tindakan / pernyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri yang mungkin takut kaum cina membuat gelombang balas undi kepada UMNO..Lebih baik diam kan daripada kita hilang undi..macam ni kita sama saja dengan UMNO...Melayu sudah hilang telur ke?nak tegur keras dengan cina pun takut,malahan teruk lagi dok ikut (layan angin ) kehendak mereka..ni betul-betul bengong...jika takut kepada kaum kafir (DAP dll),jangan kita nak bercerita tentang jihad..memalukan betul..
b)..Pembinaan Tokong-tokong siam / kuil hindu walaupun kaum-kaum tersebut adalah minoriti.
Perlu sangat-sangat ke bina banyak tokong dan kuil (berhala semua ni) terbesar semata-mata untuk raih undi kaum minoriti?Di mana asas perjuangan Islam sebenarnya.Apa yang rasionalnya kita berlembut dengan permintaan mereka?.Jika takut kehilangan undi minoriti, tak takut kah kita bila berhadapan dengan Allah bila tiba masa dihadapanNya kelak di mana ketika itu Allah menanyakan kita" Kenapa kamu bantu orang kafir bina berhala mereka?".
Mungkin juga saya amat lemah ataupun dungu dalam pengetahuan bab-bab agama Islam sehinggakan saya pun tidak pernah terbaca sejarah tentang bantuan orang Islam (pemerintah di zaman kegemilangan tamadun Islam termasuklah zaman Rasulullah dan para sahabat baginda) kepada orang bukan Islam terhadap pembinaan tempat ibadah kaum lain..Mudah-mudahan jika ada bukti-bukti sedemikian, berharap benar semoga Allah menemukan saya dengan bukti itu agar saya tidak keliru dengan tindakan sedemikian.
Islam memang ada menyuruh berbuat baik kepada semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa, tapi itu dalam soal kebajikan dan kemasyarakatan demi keselamatan dan keharmonian setempat dan negara.Tetapi dalam soal membantu bina tempat ibadah mereka ini adakah ia dibenarkan?atau ini salah satu bida'ah ( mungkin sudah ada amalan wahhabi dalam gerakan perjuangan PAS..kalau betul memang ini menakutkan)
c)..Permasalahan rakyat dan tindakan segera dari pihak PBT dan anak syarikat yang diurus Kerajaan negeri
Betul..mana-mana negeri pun akan mengalami masalah yang sama..jika ikut cara dia maka kita pun sama lah..apa beza nya kita dengan dia..kosong kosong lah kawapan nya..masalah bekalan air bersih, kebersihan bandar dan amalan-amalan kerja tak bersungguh yang menampakkan ciri kelemahan tadbir urus sikap petugas dalam melaksanakan keazaman melahirkan sebuah negeri bercirikan Islam.Maka wujudlah negeri Islam yang tak menyeluruh..di satu pihak nampak mengamalkan Islam,maka disatu pihak lagi mengamalkan Islam secara main-main..Pemimpin negeri perlu tegas dalam soal ini..tiada kompromi bila ia melibatkan duit rakyat ( akan ditanya Allah esok-esok ni)..
Adapun di Kedah ni pun ada beberapa perkara yang melibatkan permasalahan rakyat dan juga sikap segelintir mereka yang kononnya bagus dalam mentadbir anak syarikat dibawah Kerajaan negeri..sikap mereka ni sama dengan sikap kerajaan pembangkang dulu (UMNO)..dok ikut cara mereka lagi walaupun CEO dan pengurusan sudah ditukar kepada puak-puak penyokong parti PAS..Duit kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada menguruskan utiliti untuk rakyat di joli sewenang-wenangnya atas dasar kerja walhal pergi niatnya yang besar untuk makan angin.Lawatan pemeriksaan pemasangan pam di luar negara cuma sehari dua,lain-lain tu pi berseronok sampai 5-6 hari..elok lah tu.Bazirkan duit rakyat..
Saya sendiri pun buntu memikirnya..macamana sebuah pergerakan parti yang ingin membina kekuatan Islam itu sendiri lemah dalam menilai tindakan segelintir orang mereka.Lemah atau takut untuk menegur orang2 mereka?Bagi orang yang takutkan Allah ( azab neraka mmg dashyat),mereka akan bertegas dalam perkara-perkara yang amal makruf nahi mungkar dan juga dalam tadbir urus sahsiah yang telah di amanahkan..Kalu tak mampu, berusahalah sikit-sikit..jangan buat-buat tak dengar/lihat atau tak tahu pula..
Perkara melibatkan duit dan amanah rakyat perlu diutamakan dan dijaga melebihi kepentingan diri kita..Solat lah banyak mana pun kalu kita tidak menjaga amanah dalam diri sehingga menimbulkan keadaan rakyat terasa dizalimi dan dikhianati maka tunggu lah azabnya..kalu sempat bertaubat takpe..kalu tak sempat!!nasib le..
Setelah meneliti beberapa perkara ini, saya berasa kecewa dengan kelemahan mentadbir negeri oleh PAS.Walaupun ada banyak kemajuan dalam beberapa hal kewangan Islam dan kebajikan penduduk yang diberi tumpuan yang sememangnya itu lah tugasan yang perlu dijunjung oleh para pemimpin Islam ....Apapun ini adalah luahan saya..Jika apa yang dituliskan ini adalah dari kekurangan saya dalam meneliti dasar perjuangan PAS, maka tegurlah..Jangan jadikan kita sama seperti UMNO..kita perlu berbeza dengan mereka bukan setakat kata-kata atas dasar perjuangan Islam,mesti buktikan melalui tindakan/perlaksanaan yang betul dan lurus mengikut Islam..
Beza benar cara tadbir urus kita dengan cara para sahabat-sahabat Rasulullah dan juga pejuang-pejuang /pemimpin Islam yang berusaha memartabatkan Islam dimata dunia..Pemimpin politik dan kerajaan sekarang ni banyak yang buta hati sebab harta dan pangkat..
No comments:
Post a Comment