Tuesday, May 3, 2011

Cerita Sekolah Dulu-Dulu -Part 3

Semasa tahun 1988, Malaysia begitu sibuk dengan Tahun Melawat Malaysia...abis seluruh negara di canang untuk menarik pelancong datang ke Malaysia..Kami di sini pun terima lampiasnya juga sebab sekolah berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu..

Jadi pihak sekolah telah menerima surat (notis) dari Jabatan Pendidikan Negeri supaya bersama-sama menyambut Tahun Melawat Malaysia ni..diorang hendak mengadakan acara menyambut tetamu asing di Lapangan Terbang tersebut..kami diarahkan beratur di dalam airport untuk mengibarkan bendera Malaysia ketika pelancong melangkah turun dari kapal terbang..(macam ekspolitasi kepada budak bawah umur..diorang je tak sedar.saya rasa banyak lagi kes-kes lebih kurang macam ni)..

Selesai sudah aktiviti mengibarkan bendera, kami diberi kuih dan air kotak..tu je la upah yang kami dapat..berbaloi ke?cikgu pun takleh buat apa sebab tu arahan JPN punya pasal..mangkuk ayun betul pegawai kerajaan ni..selesai tu kami pun balik ke sekolah..

Nak dijadikan cerita, sewaktu kami tiba di hadapan pintu pagar sekolah, Guru Besar kami, En. Ismail telah menyambut kami dengan gaya sengihnya..tambahan ari tu dia pakai bush jaket warna kelabu (macam pegawai gomen pulak).tangan dia selalu dok dalam poket jaket tersebut..

"Well, my pupil..are u ok." dia menyapa dalam bahasa London..memang kempen Visit Malaysia ni kena cakap London..

Kami memang dah pelik dengan gaya dia ni..tetiba je buang tabiat..Lepas tu dia En.Ismail cakap ada pelancong asing datang melawat sekolah kami..Jadi sekarang diorang telah melawat kawasan sekitar sekolah yang bersih ni..En.Ismail menyuruh kami menyapa pelancong luar negara tu dalam bahasa inggeris..

Patutla dia jadi buang tebiat gitu..rupanya ada pelancong datang melawat sekolah..

Bila pelancong tu nak balik, diorang minta sesi bergambar..Jadi En.Ismail yang paling seronok sebab dia kan Guru Besar sekolah kami..Dia dok paling tengah sekali dengan gaya sengihan macho nya..kemudian
bila pelancong tu nak amik gambar diorang sebut :

"Smile..smile ( sebutan tu sama dengan nama Guru Besar kami = Ismail) for picture"..

 Saya tengok En.Ismail lagi lebar sengihannya bila pelancong tu sebut "smile"..dia perasan kot ingat pelancong tu sebut nama dia...haaahaa..

Lepas tu kami bersalaman dengan pelancong asing tadi..En.Ismail senyum bangga dengan anak-anak muridnya dan juga cikgu-cikgunya..last sekali dia sebut : "Well done..Terima kasih.."

Sekian dari :

Catitan Diari Muslim ; fresh workshop . blogspot.com

No comments:

Islamic Clock