Sunday, May 1, 2011

Cerita Sekolah Dulu-Dulu - Part 2

Dulu kami tiga sekawan memang kamcing..Saya, Farid Wajdi dan Zamri..Adapun Farid ni ayah dia seorang Mudir disekolah agama, zamri pulak dok sebelah kampung saya..zamri ni dia ada kekurang sikit dekat pergelangan tangan hingga jari..dengar cerita arwah ayah dia tertetak katak semasa potong rumput..masa kejadian tu zamri baru dilahirkan..mungkin kenan la kot..tapi kekurangan dia tak menghalang untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam akademik..Adapun farid ni malas skit dan panas baran..tapi boleh diharap kalau nak minta pertolongan..

Pada masa itu, ketika berada di 6 Merah (kelas pandai ooo..) saya menjadi bendahari sebab ada satu awek cun (Sharifah Nur kasturi..ala arab pakistan ) yang mencalonkan saya..dia menjadi penolong bendahari..adeii..leceh betul bila kena bahagian bab-bab kutip duit ni..tiap-tiap minggu hari Khamis mesti kutip 20 sen seorang dari kelas 6 Merah..kalau duit tu hilang mampus saya nak kena ganti balik..tapi yang seksa teruknya bila ada kawan sekelas yang bagi 20sen dengan duit 5sen 4 keping..itu lagi memeningkan kepala...Adapun duit itu adalah untuk tujuan jamuan makan pada hujung penggal..maklumlah dah abis periksa UPSR kan..sepatutnya la kan, cikgu kami seharusnya menggunakan duit tersebut untuk bantu golongan yang tak bernasib baik..tetapi sayang sebab kami tak didedahkan dengan perkara itu...betul ke dengan cara sistem pendidikan negara kita ni..nasi lemak pun nak jadi isu..menteri nasi lemak betul..

Lepas kutip duit tu saya bagi kat penolong bendahari.."Pah..mu tolong kira dan simpan k..jangan ilang..nnti teruk nak kena jawab"arahan saya setiap minggu..hahaa..

Selalu lepas bagi arahan tu..saya, farid dan zamri serta kawan lelaki lain termasuk kelas seteru kami 6 Biru akan lawan bola kat padang..waktu rehat..masa tu budak lagi..tau main je..keropok lekor dalam poket seluar..air sirap kat tangan..Nak dijadikan cerita semasa nak pergi main bola, kami telah terlintas sebuah kelas 5 Biru...kami bertiga terpaku dengan seorang gadis yang berambut panjang..entah macamana dia seorang saja yang tak pakai tudung..kami ingat dia orang cina,tetapi berseragam baju kurung..tuan dia cukup putih,lawa bak model syampu Rejoice..fulaaamaakkk...masa tu aku tengok Fardi dan zamri sudah meleleh air liur..tak bergedik sedikit pun mata diorang..Lepas tu kami cuba merisik nama budak tu..bagi upah 2 biji gula-gula kat budak lelaki kelas dia..nama budak perempuan tu Aidu Raini..pelik namanya..

Apa lagi, tiap-tiap hari pergi main bola mesti lalu depan kelas 5 Biru..mesti pandang kat budak tu..Masa tu Farid dah sound awal lagi yang Aidu raini tu akan jadi awek dia..kami dilarang mengacaunya..ek..eleehh..macamana la nak dijadikan awek dia, nak pergi berjumpa pun takut..tengok saja nak jadi apa...Entah macamana petang tu terjadi kejadian pergaduhan anatara Farid dengan Suhairi (Penolong Ketua Kelas Kami)..Farid merupakan pengawas sekolah masa tu..

Aku dengan Zamri tak percaya..macamana diorang sekelas ni bergaduh..tanya punya tanya kat cikgu disiplin dia bagitau yang bergaduh sebab awek tu...gilaa..malu betul...sejak kejadian mereka berdua jadi seteru..Dan budak Aidu raini tu pindah sekolah sebab ikut ayah dia yang kerja askar...

Lepas pada tu (periksa UPSR), Farid pergi sekolah Maahad Muhammadi, aku try juga tapi gagal sebab kuota dan cukup lalu masuk SMPC (skang dah jadi SMKPC), dengan Zamri sekali

Sebenarnya disini..jika kita bergaduh sebab benda-benda begini itu hanyalah kerana ego kita..benda entah kemana, kita je yang lebih-lebih..pastu masing2 melepas..jadi musuh pulak tak pasal-pasal..Sebab itu masa disekolah rendah ni lah penekan bab-bab agama perlu diberi perhatian lebih..mudahan masa tu kami boleh ingat sampai tua..

1 comment:

Unknown said...

Awak budak sekolah SKPP jugok ke dulu?

Islamic Clock