Sunday, July 26, 2009

Pakcik owhhh Pakcik!!

TV7 Siam telah mengadakan wawancara dengan pakcik gembala biri-biri.

> Pengacara : Bagus juga ternakan biri-biri ni pakcik. Boleh saya tanya beberapa
> soalan tak?
> Pakcik : Boleh aje...
> Pengacara : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
> Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?"
> Pengacara : Yang putih.
> Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
> Pengacara : Yang hitam?
> Pakcik : Yang hitam pun sama...
> Pengacara : Berapa banyak pulak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
> Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
> Pengacara : Yang putih?
> Pakcik : Ah , yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
> Pengacara : Dan yang hitam?
> Pakcik : Yang hitam pun sama...
> Pengacara : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
> Pakcik : Yang mana , yang putih atau yang hitam?
> Pengacara : Yang putih?
> Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
> Pengacara : Dan yang hitam?
> Pakcik : Yang hitam pun sama...
> Pengacara : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam , padahal jawapan s emuanya sama aje?
> Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
> Pengacara : Ooo , gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
> Pakcik : Yang hitam pun sama....
>Pengacara :Adesss..tolong bawa shaye ke wad gila skang.sila bawa sekali dgn pakcik ni...adeiii

VTEC - Kenali akronim kereta

Torque - You probably learned this in secondary school physics as “daya kilasan”. It is the force that makes the car move. A car with a high torque engine will not feel strained, thus providing a more responsive and relaxing drive.

Displacement - Measured in litres or cubic centimetres (cc), displacement is the technical term for the ‘size’ of an engine. Normally the higher the displacement, the higher the torque.

RPM (revolutions per minute, or revs) - This is engine speed, which means how many times the engine turns per minute. For a nippy and responsive car, look out for a car with higher torque at a lower engine speed.

Horsepower - a measure of the maximum power produced by a car. It is related to torque via a mathematical formula - the higher your torque at a given engine speed, the higher your horsepower.

VTEC - Variable Timing & lift, Electronically Controlled. This is a feature used in the late 80’s to late 90’s by Honda Motor Co. It allowed switching of cam lobes and ignition at a certain engine speed to increase power and torque while maintaining fuel economy and refinement.

i-VTEC - A modern improvement over VTEC which adds more control over the valves. It provides better performance while being fuel efficient at the same time.

CVT - Continuously Variable Transmission. A gearbox system with no “gears”. It allows infinitely variable gear ratios because it uses variable belts instead of fixed gears for transmission.

ABS - Anti-lock Braking System. This prevents your brakes from locking up, allowing you to safely steer your car around the object you are avoiding during hard braking.

CKD - Completely Knocked Down, cars which are brought into the country in the form of kits. The kits are assembled locally.

CBU - Completely Built up, cars which are imported in whole fully assembled from another country.

Friday, July 24, 2009

Kemampuan Diri Manusia Ditentukan Allah Ta'ala

Allah S.W.T menjadikan bumi ini mubah (harus) bagi manusia hingga kita boleh mempergunakan segala kemampuan diri ini yg diciptakan oleh Allah Ta'ala dgn mengerahkan fikiran, tenaga dan kemampuan kita.Kita melakukan pekerjaan yg demikian itu seolah-olah bermudharabah dgn Allah Ta'ala dimana Dia bertindak sebagai pemilik modal dan kita yg aktif menggerakkan modal itu.

Perlu ingat!!..bahawa kemampuan kita berbuat itu dan ini adalah semata-mata dari Allah Ta'ala.KIta berfikir, merancang itu ini semua nya datang dari ketentuan Allah Ta'ala.
Semua ini kurniaan Allah Ta'ala kepada hamba-Nya yang dikehendaki menggerakkan kemahuan-Nya.Kalau demikian keadaannya,maka setidak-tidaknya yang di kurniakan kemampuan ini bersedekah dan memberikan sedikit harta,ilmu dan makanan kepada mereka yang miskin,anak yatim atau org tua yang memerlukan/tidak mampu berdikari dan mereka-mereka yg tiada pekerjaan/himpitan hidup yg memaksa kais pagi makan pagi.

Jika kita memeras harta/barangan/mengambil pungutan dari orang yang lemah dan fakir untuk menambah kekayaan maka tergolong lah kita dalam orang yg sangat zalim.Sangat jelas sekali pemakan riba (lintah darat) digambarkan berenang dlm lautan darah dan dimasukkan batu dlm mulut..Darah amat penting dlm badan manusia dan iasentiasa mengalir dlm badan..jika ia berada diluar maka darah itu mmg tidak berguna lg utk badan apatah lagi jika menjadi lautan..bayangkan kita berada dlm lautan darah yg mmg tiada gunanya bagi kita walaupun darah itu sebenarnya amat penting bagi diri ini...Jangan sesekali menzalimi sesama manusia..

Thursday, July 23, 2009

Sujud Lambang Ketundukan Dan Posisi Mendekatkan Diri Dgn Allah.

Allah Subhanawataala berfirman :
"Wasjudd wakhtareeb"
maksudnya : bersujudlah engkau dan mendekatlah kepada-Ku.

Solat adalah satu cara mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..Manusia adalah ciptaan Allah,maka sudah tentu Dia mengetahui bagaimana nak membaiki manusia agar diri mereka selalu baik.Caranya adalah melalui solat. Oleh kerana dekatnya kedudukan Nabi Muhammad S.A.W kepada Allah dikalangan makhluk yg tertinggi,maka Allah memberi satu hadiah yg tak ternilai kepada Nabi S.A.W yg perlu disampaikan kepada umat baginda supaya mereka juga berada dekat dgn Allah..

Orang yang mendekatkan diri dgn Allah menunjukkan bahawa dia berada didalam posisi yg terhormat.Bila terhormat maka sudah tentu Allah akan memelihara/sayangi mereka-mereka ini..Cari lah pemimpin/suami yang sentiasa sujud kepada Allah kerana mereka ini yang akan diharap membimbing kamu mendekati Allah.Mereka ini tidak buta hati bahkan Allah akan melapangkan dada mereka walaupun penuh ujian bertimpa-timpa.

Dalam tata laku solat,sujud adalah posisi yang terhormat kerana tunduk hati/iktikad hanya kepada Allah..Bukan senang nak mengakui kesilapan/dosa kita dgn merendah diri..

Cuba tanya diri..beberapa kali sehari kita sujud kepada Allah sambil minta ampunkan dosa kita??

Buloh Kuning


Pada minggu lepas, misi mencari buloh kuning yg dikatakan agar sukar dicari dan hanya boleh ditemui di beberapa kawasan sahaja..Maka saya telah ke hutan di Selama,Perak tuk mencari buloh kuning.Adapun cerita disebalik buloh kuning ni beberapa tahun yg lepas,kawasan Selama,Perak telah diganggu oleh orang minyak dan hantu raya yg berkeliaran.

Kerana gangguan yang sangat kerap itu maka,orang2 tua (org alim) disitu telah mengarah diambik buluh kuning dan diletakkan diatas pintu/tingkap rumah kerana ini adalah kelemahan/pantang larang yg ditakuti oleh orng minyak dan hantu raya.Ini cuma satu usaha/cara,selebihnya adalah dari kekuasaan Allah yang menentukan keberhasilannya..

Sekarang di Selama itu sudah berkurangan gangguan orang minyak dan hantu raya..Ia juga boleh dibuat pedinding utk menghalang kuasa pukau yg digunakan oleh pemukau utk merompak rumah2 dsb..Ini hanya utk informasi sahaja..Kita wajib hanya meminta pertolongan dari Allah sahaja dlm apa jua urusan..

Tuesday, July 21, 2009

Usaha Dan Tawakkal Sempena Israk-Mikraj

Bagi manusia yg ingin mendapatkn pertolongan Allah S.W.T dgn sebab usaha-usahanya, maka wajiblah ia melakukan usaha itu dengan sepenuh hati dan kemampuan agar boleh mencapai tujuan yg dicita-citakan.

Tetapi apabila usaha-usaha manusiawi ini sudah tidak memungkinkan ia utk mendapatkannya maka pada saat itu hendaklah ia menyerahkan diri bulat-bulat dengan menadah harapan kepada Yang Maha Mendengar..

Rasullullah dalam menjalani dakwah telah mengerahkan segenap tenaga dan usaha,namun menjumpai hanyalah musuh-musuh dan orang ramai semakin jauh kerana menjangka islam ini adalah ciptaan baginda serta menganggap Nabi Muhammad sebagai ahli sihir.Kerana merasakan usaha baginda itu hampir musnah,maka baginda menadah tangan melakukan hubungan ke langit sahaja.Allah mendengar keluh-kesah Rasul-Nya dan menyatakan bahawa kebatilan yg terjadi di muka bumi tidak akan memutuskan hubungan nabi dgn kerajaan di langit.Bukan itu sahaja.Allah telah memperlihatkan Rasul-Nya tentang keagungan ayat-ayatNya, kekuasaan-kekuasaan Allah, rahsia-rahsia kekuatan dan keagungan yang pasti mampu memberikan pertolongan kepada baginda S.A.W.

Hanya Allah sahaja membiarkan dulu supaya baginda berusaha dan mencurahkan tenaga dlm menegakkan Islam agar dgn demikian menjadi contoh kepada umat-umatnya supaya tidak pasif meninggalkan usaha dgn meminta pertolongan dari Kerajaan di langit..

Peristiwa Israk-Mikraj ini satu kurniaan besar dari Allah setelah Nabi Muhammad S.A.W menghadapi tentangan dan kehilangan penolong dan pembantu utamanya dibumi.Malah Allah telah menggantikan kepayahan ini dan menggantikan perjalanan luhur ini bagi Rasul-Nya sehingga Baginda tetap menjadi orang yang terhormat dan terpuji sepanjang masa..

Monday, July 20, 2009

Lawak Shawl dgn Daging

Pagi ahad semasa cuti thaipusam , ada seorang penjual daging yang baru memulakan perniagaan jual daging lembu ayam di Tanah Merah,Poskod 881112,Amerika Timur.Seperti biasa yg dilakukan oleh penjual daging yg berjaya ialah berteriak kuat guna radio buruk yg dipasang dekat pembesar suara ( mcm jual suratkhabar lamaaaa..)

“Dagiiiing! Dagiiiiinnngg!!!” teriaknya.

Seorang cik muda yang baru memakai shawlnye yang sedang sakit gigi terasa amat bising dan tergganggu sgt dgn suara buruk (maklumlah radio buruk yg diguna) teriakan si tukang daging.

Cik muda yg sakit gigi: “Hei, awak yg jual daging! Kamu ada otak takkk….!!!???”

Pejual daging : “Aisehhh.. kebetulan lak arini tak ada jual otak le, Cik yg sakit gigi. Hari ini shaye jual daging semua…”

Cik muda yg sakit gigi :"Wak lu la weiii..mmg takde otak sunggoh ni..pepagi dh menjerit"

Penjual daging :"Aiyaa..sudah mereng ke ni..shaye jual daging saja..adusss..ahhh..dak mau beli sudah le..mesti dueett dh abes beli shawl rainbaow ni."

...Heheee..adeiii..sakit pewoott nih..hahaaha

Opss p/s: citer lawak gila ni xde kaitan dgn sesape.mgkin sipi2 tu ade.kalu terasa tu cepat2 minum air supaya tak lekat tulang yupp..sowiii...

Setengah harian di Manek Urai

Tghari semalam (19/7/09) orang tua(mak saya sj,pak saya dok umah sbb takleh jln jauh2) dan pak/mak sepupu saya mengajak ke Sg.Sok,Kuala Krai untuk mengambil durian yg telah dikumpul hasilnya oleh Paksu Daud.Ia terletak dalam kawasan Manek Urai.Tempat mengira undi( sekolah berdekatan) dan kejadian ahli puteri umno dilempar batu juga berlaku dikawasan ini.Bila smpai kat sana,terlihat longgokan durian(bangkok,jantung dan durian kunyit).Tunggu masa utk diisi dlm bonet kereta je..

Sambil mengisi durian, mak saya sempat agi bertanya suasana masa pilihanraya kecil aritu.Maksu(isteri Paksu Daud) adalah AJK Pas kawasan itu dan Paksu Daud (baru bersara tentera & bnyk habiskan masa kat masjid) adalah Ketua Security PAS semasa pilihanraya kecil kawasan itu.

Maksu dan Paksu cukup marah dgn media perdana ni sbb menyalurkan berita baling batu sembunyi tangan dlm kes ahli puteri umno yg dilempar batu.Jika tidak kerana angin,masakan pokok boleh bergoyang.Siapa yg mulakan ejekan dan bercakap berdesing macam tak ingat tuhan..kalau setakat selipar putus masa pijak gambar Tuan Guru pun nak wat report polis tuduh orang PAS khianat/pukul tu buat orang meluat je..Depan wartawan media perdana tu takpa le..dgn org kampung jgn main-main..kan dh kene sedas.tu pun Maksu bagitau yg org kampung nak bagi terus biar parah sikit,cuma sbb kesian je takmau bagi lebih2..apa punya perempuan ni..kami tahu sapa kamu,sekampung tahu benar perangai kamu tu..

Citer paksu daud lagi menarik.masa pilihanraya tu dia smpai terkejar kesana-kemari.Pasal apa?Owhhh ada hantu rupanya.Patutla majoriti menang sikit (65 undi)..Yang dapat tahan 2 bas je..Yg terlepas tu nak wat camna sbb dh mmg dasar hantu,menyelik sana sini..kalu tak mau percaya tu dak kisah sbb ni citer org kampung je..sapa nak percaya dgn citer ahli PAS kampung ni..

Tapi kes ketiga ni teruk..Sayugia dingatkan!! Jangan sesekali menghina alim ulama walaupun idea politik kita berbeza.Beginilah jadi bila seorang pemuda yang gedebe telah menghina Tuan Guru dgn mencucuh puntung rokok ke gambar poster Tuan Guru Nik Aziz sambil mencaci keperibadian Tuan Guru.Apa jadi?sekarang dia sudah gila nak naik kebulan.Sudah 5 hari dlm keadaan begitu selepas pilihanraya kecil.Maksu sudah bagitau keluarga berkenaan supaya berjumpa dgn Tuan Guru sendiri utk minta maaf dan ambik air tawar..

Kes keempat..Harga meggi goreng RM5.00 dikawasan itu masa piliharaya kecil..perangai ni cukup saya tak berkenan..suka ambil kesempatan keatas org lain..Dekat pasar KB pun sama..buat org lain menyampah kat orang Kelantan..Dh le negeri kita selalu dikata mundur oleh penduduk negeri lain..adoii..kelate mundur..cuba mari tgk dulu/study betul2 dan lepas tu baru boleh keluarkan pendapat..jgn pakai hentam je kata kelantan mundur..Mcm dlm BH dua ari lepas,ada rakyat N9 kata sbb PAS, kelantan mundur..err..mls nk komen lanjut..nnti kata aku dengki dgn negeri diorang yg maju canggih tu..

Rupa-rupanya banyak lagi benda2 yg tidak diketahui saya masa pilihanraya kecil Manek Urai ni..bab berita bohong media perdana tu tu mmg dh diketahui sgt..Kekalahan ni bukan sbb peralihan undi ke arah sana tapi taktikal melampau BN yg menjadikan keadaan itu berlaku..

Kepada ahli UMNO yg membaca ni,minta maaf sbb ni cuma citer yg dh lepas..jgn terasa sgt..

Sunday, July 19, 2009

Wasiat Rasullullah S.A.W Kepada Wanita

Telah bersabda Rasullullah S.A.W maksudnya "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya"..Saidatina Aisyah bertanya,"Mengapa wahai Rasullullah?"..Rasullullah menerangkan :

1) Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dlm menghadapi
kesusahan,kesakitan dan cubaan .Cnthnya kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak, melayan suami serta malas melakukan kerja-kerja di rumah.

2) Tidak bersyukur/berterimakasih diatas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.Dunia moden ini kebanyakkan wanita jarang mengucapkan terima kasih diatas pemberian suaminya).

3) Sering kufur/ingkar nikmat pemberian Allah.Contohnya apaila berlaku pertengkaran ada isteri yang mengatakan "Sudah 10tahun saya kawin dgn awak tapi tak ada apa-apa pun!"

4) Suka bercakap perkara yang sia-sia dan menghampiri fitnah.Contoh terdekat ialah mengumpat dan bermesyuarat hal-hal perabot mewah/barang kemas di rumah sehingga menjatuhkan maruah org yg tak memilikinya.

5) Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya terutama sekali dalam ilmu agama.Contohnya akibat kejahilan ilmu agama mereka sering tertipu / terpengaruh dgn pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan yang secara lahiriah.

Tuesday, July 14, 2009

Sejenak waktu pagi di Jeniang

Location : Jeniang,Kedah..
Date & Time : 11/7/09 , 7.30 pagi..(gi kerja awal sbb nk rasa suasana berkabus atas bukit.brrrr.sejuk)..
...................................................................................................
Petua utk mencerah kulit yg kusam..

Menggunakan jus buah nenas yg dihasilkan utk membuang sel kulit mati.sesuai utk merawat wajah kusam dan mengembalikan keremajaan kulit tanpa bayaran (FOC) dgn syarat nenas tu dpt free.hihi.Bagi pengemar kuih akok kedut juga bleh menggunakan jus nenas ini sbb yg kedut tu cuma kuih akok yg sedap dimakan..

Cara2 nya dpt kn jus nenas (kisar dan tapis).Tambah sedikit air jika pekat.Jus ini juga bleh ditambah dgn jus karrot kalu mahu.Jika tak mahu xpe sbb mmg kedua-dua jus ni bagus utk kulit muka.

Selepas itu amik kain kasa / tisu dan rendam dlm jus itu.kemudian sambil berbaring letakkan kain kasa/tisu yg dicelup pada muka.Tunggu 15 menit sebelum bersihkan dgn air suam-suam kuku.Rutin ini diteruskan dgn menggosok lembut guna kain lembut utk menanggalkan kulit mati.

Cuci semula muka dgn air suam (air suam dpt mmbuka liang2 roma dan air sejuk membantu mengecilkan liang roma)..Kalu nak jimat bleh la try..kalu duit banyak sila guna Avon,Fair n Lovely,Follow Me dsb..

Monday, July 13, 2009

Islam itu Suci Bersih

Pix Of The Day - 13/7/09



Islam amat menggalakkan umatnya menjaga kebersihan.Allah amat menyukai hambanya yang bersih..sebelum solat kita diwajibkan berwudhu dgn sempurna supaya bersih diri dan hati sebelum mengadap dihadapanNya..tempat utk solat juga haruslah bersih..Ini dapat mewujudkan suasana tenteram dan selesa semasa bertemu Kekasih yang amat dicintai..Bersih adalah salah satu cabang Iman..Tak sempurna iman org Islam jika hatinya kotor dan berpenyakit..

Bukan itu saja,rezeki harian kita juga seharusnya bersih.Rezeki yg haram akan menjadi sebati dgn darah daging..Maka utk mewujudkan hati yang bersih amat tipis dan sukar..sedikit rezeki yang bercampur haram jika menjadi amalan harian akan membawa musibah yang besar kepada Qolbu dan minda umat Islam..Rezeki halal haram bercampur baur,sebati dgn rutin harian..mungkinkah Allah akan menerima ibadat dan amalannya dalam keadaan sedemikian..lebih malang jika dia mati dlm keadaan demikian..

Bersihkan diri, hati dan minda mu dari segala kekotoran dunia ini.Bila bersih,segala penyakit tidak dapat singgah ditubuh badan mu terutama penyakit hati yang menyesatkan..

Sunday, July 12, 2009

Coretan Petang Ahad

Salam semua..mula2 sekali nak wat announcement ; saya ingin meminta pertolongan kepada bloggers dikawasan utara terutama sekali Penang,jika ternampak keter REXTON hitam plet no :PGE 3628 yg dicuri dari boss saya,sila gitau balai polis berdekatan..keter itu dicuri depan umah kat Parit Buntar..dari maklumat yg ada keter itu berada di Penang dan terlibat dlm satu rompakan kat sana..suspek org melayu..pertolongan anda amat dihargai
...............................................................................................................................................
Semasa menangguhkan aktiviti bblog yg lepas,saya dapat menghijao kan mata saya dgn pemandangan dari atas bukit..bukan bukit Keluang bukan juga Bukit Bintang..jauh sekali nak ber-camping campong nih..huahaaha..ni semua sbb kerja..peruntukan telah ditambah sebanyak RM20M tuk tangki air di Kota Bukit,Jeneri/Pendang..

Bukit 1 : Bukit Jeniang (Tangki air 10juta liter air)..

mmg kene siapkan secepat mungkin..dlm pembinaan..sblom ini ia adalah hutan buloh,keruing dll.blom kira hostel babi2 kt celah hutan agi,ular & rimau kumbang tu mmg de..nk naek sblom jalan sementara siap adalh 1jam..bila jalan siap cuma 10 menit je .lambat pembinaan sbb duit blom ada dari kerajaan negeri.

2)Bukit 2 : Kota Bukit..(Tangki air 2.5juta liter ayyak)

Bukit ini mmg teruk..nk naek pon dh dekat 2jam..bila naek dh malas nak turun sbb bila turun nk kena naek balik dh malas..muhaahaa..mesti pening baca ayat nih..hehe..so kene bawa bekal makan siap2..dulu sini ditangguh sbb duit tak cukup.skrang duit tabung dh cukup..

Exactly dua2 pembinaan ini tidak lah mengganggu struktur pembangunan alam sekitar disini..pokok2 ditebang dalam keadaan terkawal..bila siap nanti pokok2 & rumput akan ditanam balik utk memhijao kan kawasan sekitar..jd tiada unsur2 merosakkan alam..cuma kekuatan tanah sahaja yg ditakuti..tapi mmg terpaksa demi bekalan air utk rakyat disini..

Kedua2 bukit ni juga telah menyebabkan urat2 kaki saya berselirat dan kejang..tapi masih bolih maen futsal agi..setakat tingkat 4 tu cam kacang je..hikshiks..owhh de owang marah nnti..ok lah sini saja dulu sbb saya tau anda suma boring baca..

P/S : Kepada pakcik-makcik disini,sila tolong jgn panggil saya tuan Engr..saya orang kampung biasa je..tak sedap hati bila owang panggil saya begitu..kita suma sama saja walpon kerja itu berlainan ..saya ttp hormatkan owang2 kampung sini k..

Saturday, July 11, 2009

Keno tag dari Moy

Bukok-bukok tenet jo dh kene tag dgn Cik Moy..nk wat gusti gang tag team ko cik Moy wehh..hihi..pepepon makaceh..N3 bab murtad tu patut di sebarkan lagi utk menyedarkan kita ttg keadaan sebenar akhlak org Islam di malaysia ni ..klik sini tuk baca lanjut http://moy1092.blogspot.com/2009/07/murtad.html


Sblom dapek tempek award ni,keno jawab soklan PMR yg mudah semey-seh nih..harap2 dapek lah 100 markah yo..

ask 1: why do you think that you deserve this award?
answer1 : sebab Cik Ida Moy yg kasik.keno tanyo dio lah.kalu tanyo sayo mesti sayo jawab sbb belog ni kiut miut n manja2 gitu..burr..wekkkk (~'_'~)

task 2 : convey your appreciation to anyone for receiving this blog?
answer 2 : tuk semua yg. jenguk2 belog ni..

task 3 : give this award to 6 bloggers.
Not answer : Nah.. silo amek kalu rasa nak amek sblom di amek oleh owang laen yo.jgn lupo jawab soklan dulu aehh.

-Pakcik Din (Mountdweller)..maaf P'cik sbb saya tau p'cik tak suka di tag.hehe
-Cik Misi Lolly
-Cik Yana
-Cik Hanis
-Mira (anak buah Pokteh)
-Cik Yann (taman rama2 dh tumbuh lalang bnyk nih)

Wednesday, July 8, 2009

Posting Utk Undur Diri (1-3 hari)

Pix Of The Day - 8/7/09


Masa betul-betul cemburu dgn belog ni..maka dgn berat ati terpaksa ditinggalkan 1-3 hari utk menyiapkan kerja-kerja yang semakin getir..ye ke getir (padahal keja owang pon kita buat..hampehnye)..tp elok jugak sbb boleh berehat barang 1-2 hari dari ngadap laptop yg berjalur nih..seb baek ada komputer opis..see u all next 1-2(kalu cepat) /1-3 days.Rehat!!rehat!!..masa utk diri sendirik pon xde,ada ati nk rehat..aiyaaa..seb baek masa tuk Tuhan ada..Alhamdulillah..

Sudu

Pada suatu hari Senin yang lalu semasa cuti hari Deepavali, Incik Uxop telah ke kelinik Dr.Julia tuk mendapatkan rawatan H9N9(penyakit berjangkit dari tikus sawah)..

Dr.Julia : Incik kena amik 3 sudu ubat ni setiap hari.Pagi lps mkn nasi lemak,tgahri lps mkn
cendol dan malam lps mkn nasi goreng tomyam kong.

In. Uxop : Eh! tak boleh la lagu tu doktor.Nnti saya kene kuar kn duit agi.Mari kelinik ni pun
sedang-sedang aje.Tu pun lepas pecah duit tabung gajah kat umah.

Dr.Julia : Kenapa?

In.Uxop: Rumah saya ada dua sudu jer.tu pun satu tuk makan megi dan satu agi tuk wat air
tehbeng kurang manis (sbb nk jimat gula)..muhaahaaa..

Mmg save gila nih

Sunday, July 5, 2009

Citer ni ada unsur2 maloo ahh..

Seorang pemuda telah dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan mencuri motor FZ150 Yamaha 4-Stroke Injection milik seorang gadis remaja yang suka membuat wheelie di tepi bendang.Kerbau lembu suma dh kenal gadis ni..malah kobau lombu yg mati tergelek nih dak sempat nk tinggal wasiat sbb tgh mkan umput tepi jalan..

Ketika di tanya samada bersalah atau tidak maka Pemuda tu tidak mengaku..

“Saya sama sekali tidak mencurinya, Yang Arif!” kata si pemuda itu membela diri.

“Dia yang suko-suke memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengnya dengan motornya.Dia suh saya wat wiekang tp saya dakmao.Maka saya pun memboncengnya sahaja sebab takut dia pukul. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar, dia menyuruh saya berhenti. Dibukanya pakaian dan seluar kecik. Lalu dia berkata yang saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga, Yang Arif... lalu saya berpikir pendek, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeans-nya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh buat, terpaksa saya mengambil motornya untuk wat gi menoreh getah dan angkut skrap.”..

Muhhaaahaa..mmg baek sunggoh pemuda ini..kalu Boya tembaga nih mesti suka sngt dgn benda2 ginih..Harap2 pemuda2 sekarang jadi cam pemuda nih..jgn nk amik kesempatan atas kelemahan sigades yg lemah ittoo..sila pertahankan meker2 okehh..
.......................................................................................................

Sedih tgk keadaan politik Malaysia yang ntah apa2 nih..Ulama-ulama dihentam sembrono..dh la kita sembahyang pon cukup2 makan jek,ditambah dgn tulisan hati yg serong tanpa mengetahui niat sebenar..Islam adalah agama yg syumul (sempurna,lengkap dan panduan yg bukan direka2 oleh Nabi Muhammad S.A.W),mesti ada sebab mengapa Allah turunkan Islam selepas ajaran2 nabi lain..Manusia mmg mudah lalai dan lemah otak bila dah bijak skit..suka2 tafsir itu ini tanpa belajar hingga khatam..Malah kita yang payah/malas nak memahami kandungan AlQuran pon boleh lagi nak tafsir (walhal yang Ahli Tafsir pon selalu berdoa dgn Allah agar tafsirannya itu tidak bercanggah dgn kehendak Allah)

Pix Of The Day - 4/7/2009 - Hunting Breakfast

Date : 4/7/09
Location : Jeniang Kedah..
Kamera buruk : Nikon S210
Pix taken by : Me..lorr..sapa lagih..

Friday, July 3, 2009

Murid & Chekgu Yg Pening

Seorang guru yang sudah menerangkan pelajaran Sejarah dan mempersilakan muridnya untuk bertanya.

Guru: “Baik,murid-murid.. apakah ada yang ingin bertanya?”

Suasana Hening… setelah 360 saat berlalu…

Murid: “Chekgoo.. saya mau bertanya…”

Guru: “Ehm… ya?”

Murid: “Apakah saya boleh bertanya?”

Guru: “Ya,boleh.”

Murid: “Oh,terima kasih Chekgoo…”

Guru: “Laa… Jadi apa yang kamu nak tanya?”

Murid: “Ya… yang tadi yang saya tanyakan…”

Guru :"Apa dia yg kamu nak tanya?

Murid ; "Saya cuma tanya..bolehkah saya bertanya..tu jek..chekgoo dah jawab boleh tadi kn..kira ok lah tu..lalalaa"

Wednesday, July 1, 2009

Toyol..Jgn tgk jika takoottt..

Toyol ini dimasukkan dalam botol setelah ditangkap oleh tuan rumah yg dimasukki toyol...

Hmm..mmg menakutkan juga tgk rupa sebenar toyol ni..ingatkan saiz sebesar budak 6 bulan dak pon sebesar budak 21 tahun..


Ni lah tuan rumah yang menangkap toyol tersebut..err..gambar ini didapati dari anggota seekers yang pernah demam akibat diganggu hantu pompuan bunuh diri...naseb baek cepat jumpa bomoh..kalu dak merana ang nih..muhahaa

Islamic Clock