Tuesday, July 21, 2009

Usaha Dan Tawakkal Sempena Israk-Mikraj

Bagi manusia yg ingin mendapatkn pertolongan Allah S.W.T dgn sebab usaha-usahanya, maka wajiblah ia melakukan usaha itu dengan sepenuh hati dan kemampuan agar boleh mencapai tujuan yg dicita-citakan.

Tetapi apabila usaha-usaha manusiawi ini sudah tidak memungkinkan ia utk mendapatkannya maka pada saat itu hendaklah ia menyerahkan diri bulat-bulat dengan menadah harapan kepada Yang Maha Mendengar..

Rasullullah dalam menjalani dakwah telah mengerahkan segenap tenaga dan usaha,namun menjumpai hanyalah musuh-musuh dan orang ramai semakin jauh kerana menjangka islam ini adalah ciptaan baginda serta menganggap Nabi Muhammad sebagai ahli sihir.Kerana merasakan usaha baginda itu hampir musnah,maka baginda menadah tangan melakukan hubungan ke langit sahaja.Allah mendengar keluh-kesah Rasul-Nya dan menyatakan bahawa kebatilan yg terjadi di muka bumi tidak akan memutuskan hubungan nabi dgn kerajaan di langit.Bukan itu sahaja.Allah telah memperlihatkan Rasul-Nya tentang keagungan ayat-ayatNya, kekuasaan-kekuasaan Allah, rahsia-rahsia kekuatan dan keagungan yang pasti mampu memberikan pertolongan kepada baginda S.A.W.

Hanya Allah sahaja membiarkan dulu supaya baginda berusaha dan mencurahkan tenaga dlm menegakkan Islam agar dgn demikian menjadi contoh kepada umat-umatnya supaya tidak pasif meninggalkan usaha dgn meminta pertolongan dari Kerajaan di langit..

Peristiwa Israk-Mikraj ini satu kurniaan besar dari Allah setelah Nabi Muhammad S.A.W menghadapi tentangan dan kehilangan penolong dan pembantu utamanya dibumi.Malah Allah telah menggantikan kepayahan ini dan menggantikan perjalanan luhur ini bagi Rasul-Nya sehingga Baginda tetap menjadi orang yang terhormat dan terpuji sepanjang masa..

2 comments:

mountdweller said...

Salam UXOP.

Usaha, Doa dan Tawakkal adalah seiring bagi manusia yang berfikir mengikut fitrah makhluk.

UXOP said...

W'salam Pakcik..

Sudah tentu itu(usaha,doa & tawakkal) yang sebaik-baiknya bagi manusia..

Manusia kena memahami matlamat sebenar mengapa Allah menciptakan kita dimuka bumi ini..

Yg mengaturkan aturan/perbuatan kita adalah Allah,manusia sekadar pelaksana harus mengakui kelemahan & ketidakmampuan dalam mengurus hidup..

Persoalan yg ketara kenapa ramai manusia kini yg rapuh dgn mempersoalkan aturan Allah.Cth nya tidak berpegang teguh dgn isi/ilmu alquran,meragui dgn kemampuan peraturan yg ditetapkan Allah,berlumba-lumba menyaingi kehebatan Allah (seperti mengklonkan manusia,cipta air mani) dan lupa mensyukuri nikmat Allah..Tidakkah ini menggambarkan manusia seperti diatas adalah angkuh..

Islamic Clock