Wednesday, November 19, 2008

Keadaan semakin parah...




Semalam aku dan staf yg lain (cuma 2 org ja,3 sekali aku) telah mendapat berita yang memgemparkan..Senior Project Manager aku dah amik on leave panjang selama setahun..wah! keadaan kat Jeniang ni semakin gawat..kerja aku semakin bertambah, semua urusan dia sebelum ni aku yg kena tanggung..Pehh!! cantettt..Semakin pening dan berserabut kepala ni..mampukah 3 org (aku (suma keje),gemok (supervisor cum site agent),cha loi (kerani cum QS) menguruskan projek yg rega RM66.5 juta dan 3 site utk dijaga..Hurm...semakin getir cabaran ni..lom kira masalah len lg..

Tuesday, November 11, 2008

Photo siri 3 - kenapa awan?

Kenapa saya suka gambar AWAN...kerana ia memberikan interpretasi yg pelbagai rupa dan corak yang belainan setiap masa..begitu jugalah dengan kehidupan manusia..rambut sama hitam,hati lain2..TETAPI Islam hanyalah satu...walaupun berlainan bangsa yg menganutnya..All these photos shot was snapped at Jeniang,Gurun Kedah by author.






















Sunday, November 9, 2008

Masih ada kah cinta ke2 yg ikhlas slps cinta pertama yg diimpikan berkecai


Aku baru selesai baca novel karya Leeya Myra yg berjudul "Mencari Cinta"...

Kisah nya seorng gadis yg masih mengharapkan cinta pertamanya bersama org yg disayangi menjadi kenyataan..Penantiannya sia-sia kerana org yg disayangi nya telah berkahwin di Jepun dgn sahabat setianya..Lalu dia beralih ke dahan yg baru ,seorang lelaki baik yg sudah lama meminatinya,cuma dia sahaja yg tidak kisah kerana baginya cinta lelaki itu lngsung tidak wujud dlm dirinya.Baginya lelaki ini wujud sekadar simpati kerana mengambil berat terhadapnya.

Si isteri kekasih cinta pertamanya mati kemalangan,dan pengharapan kekasih hatinya utk kembali mendapatkan cinta nya ditagih.Wajarkan cinta dijadikan alasan bersikap keji utk meninggalkan seorang lelaki yg mengasihinya..Kesudahannya...Beli lah buku tu utk kesudahannya..hehe

Aku tak faham kenapa kegagalan cinta pertama dijadikan alasan/keras hati utk menerima cinta kedua,ketiga dan seterusnya hingga menemui kebahagiaan..Tp aku memahami luka yg ditinggalkan begitu mengguris hati, di saat ini kita memerlukan ketenangan yg dan harapan dr Allah..mudah-mudahan mendapat petunjuk...

Mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta,tetapi mencari teman pengubat jiwa disaat susah dan senang...

Thursday, November 6, 2008

Duniaku terasing

Tahun 1996, aku melangkah ke ITM (sblum jd UiTM) Penang,Permatang Pasir, Permatang Pauh.Kami perintis ITM Pulau Pinang.Bangunan dia masih bangunan sekolah.Orang pertama yg aku kenali ialah Ustaz Zulkifli (kami panggil Ustaz Zul).Dia mengajar subjek keagamaan dan menjadi penasihat kolej dan aktiviti keagamaan..Kami (geng2 kelantan..maaf sbb mmg cara kami begini) memasuki ADASI,sebuah badan kokurikulum keagamaan di ITM pada masa itu..

Pada akhir semester pertama,kedua dan ketiga,Ustaz Zul membawa kami dan ahli ADASI ke puncak bukit yg terdapat di dlm ITM Penang untuk ber-Qiyamulail dan bermunajat kepada Allah.Kami terpaksa belajar bangun pukul 3 pagi dan berarak ramai ke puncak bukit.
Tikar dan sejadah sudah dihampar..kesunyian menempa kami..amat nyaman dan tenang sekali..Kami bertahajud,sunat hajat,witir beramai-ramai..kemudian bertasbih,bertahmid ,takbir dan berdoa besungguh-sungguh moga terpelihara dari kelalaian dunia...Pada masa itu aku sudah rasa terasing dari dunia ini,Bukan lagi terasa berada di atas bukit, kekusyukan membawa aku melangkah ke satu alam yang baru...amat2 melapangkan,ketenangan yang tidak dapat diungkapkan, sebak dgn ungkapan kalimah memuji Sifat2 Allah dan semacam ingin menuju ke alam antara hamba dengan Penciptanya sahaja...Betapa hati terasa segar dengan kecintaan yang baru terhadap Maha Pencipta lg Maha Penerima Taubat.Dia mendengar doa2 dan harapan2 hamba2 yang meminta....Titisan airmata mengiringi kekesalan amalan yg sia2 dilakukan selama ini..Umur & masa bukan penghalang utk mencari cinta sejati dari Yang Maha Mengasihi...

Carilah dan dapatkannya di masa kita berkesempatan ini...MasyaAllah..nikmatnya cukup2 hebat dan tidak sama dengan nikmat2 cinta kepada dunia & manusia....

ALLAH..ALLAH..ALLAH..YA..ALLAH..
ALLAH..YA ALLAH..ALLAH YA ALLAH...
ALLAH..ALLAH.ALLAH..YA ALLAH

Monday, November 3, 2008

Cebisan utk Rakan Blogger..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.”Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.”Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. [

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.”

Petua org2 tua..(sbb tu Petua)



Nak jd cantik,ensem,kulit licin & xde jerawat cam adik kiut ni!!!!
Di sini smpat hamba mempelajari petua org tua yg mana jika nk amalkan sila lah...................
1) Mengempiskan perut...
-- amik air limau nipis campur dgn kapur sirih, sebatikan dan sapu pd perut..ikat seperti bengkung..atau lumurkan kt perut .amalkan tiap2 mlm----
2) merawat kulit berkedut
----parutkn sebatang lobak yg dibersihkan lalu dicampur dgn sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur..sebatikan bancuhan dan sapukan pd kulit..amalkn sekali sehari hingga menjadi------
3)kulit cerah & licin
----amik sebiji limau nipis & dibelah 2.semasa mandi,gosokkan pd muka & seluruh badan.InsyaAllah kulit cerah,licin & harum----
4) kulit cantik
----minum air campuran pucuk pegaga & lobak merah yg dh dihancurkan..-----
5)menyerikan wajah
------wanita/lelaki yg ingin wajahnya sentiasa berseri apabila di lihat, amalkan selawat 3x setiap pagi sebelum cuci muka dan kemudian sapukan air ke muka-------
Msalah takut kawen dh xde ek...Petua ada bnyk lg..tk sempat tulis..next blog nnti....

Sunday, November 2, 2008

Indahnya Ciptaan Mu Ya Allah...Siri 1


Allahuakbar..Subhanallah...Allah swt Raja Maha Berkuasa di atas Arasy yg menguasai kerajaan langit
























































Wednesday, October 29, 2008

Subhanallah....mengapa begini

Sebenarnya aku cuma manusia biasa...ntah mengapa makin lama makin malas utk bekerja di Jeniang..keadaan sungguh teruk..perhubungan komunikasi (telepon,fax)& internet (utk emel & cari supplier) langsung out..harapkan handphone & broadband tp line sekejap ok sekejap tk ok...Untuk ms terdekat ni mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan semangat lg utk terus berada disini..Allahuakbar..subhanallah...

Tp kekasih hati ader di kl..aduhhh...
.................................................................
P.S : maaf kn hamba sbb terpaksa tulis catatan yg menjengkelkan ini..maaf bnyk2..bulih gak release tension...manhelang mmafkan aku sbb ms depavali aku gi kl tk sempat jumpa ko sbb aku ziarah anak sepupu aku yg baru lahir 16 hari tp dia sakit jantung belubang..maafkn aku..

Thursday, October 23, 2008

Waris saka


Nek Yam sudah uzur dan dah tak terdaya berjalan lagi...Jd anaknya membawa dia ke kampung ku untuk tinggal dgn anaknya yg satu lagi menetap disini...dia cuma boleh berbaring saja..
Walaupun tubuhnya sudah kering dan nmpak tulang-temulang tp dia masih kuat..kalau dia bernafas,bunyinya macam mendengus..huuuuu..huuuu...Mak aku dah rasa tak sedap hati dan ada perasan sesuatu yg tak kena dgn org tua ni masa dia pergi melawat..tp dia tak mahu bgatau dulu kepada anak2 Nek Yam...Nnti org ingat dia suka reka cerita atau dengki pulak..

Nek Yam tidur di dalam bilik anaknya...Mandi, makan dan sebagainya semua didalam bilik itu...
Entah pada suatu ketika sedang Mak aku menjenguknya....dia perasan sesuatu pada Nek Yam..bila lalat hampir dengan bibir Nek Yam,tiba2 lidah Nek Yam terjulur keluar...panjang... lidah tu hendak menangkap lalat tersebut..slrapppp..slarppp..."Isk..biar betul org tua ni"'fikir Mak... Lepas tu tangan dia bergerak2 nk menangkap lalat yg terlepas td.."Macammana ni tangan utk suap ambik makanan pun tak larat tetiba boleh bergerak nk menangkap lalat..",getus Mak...

Mak nekad memberitahu anak Nek Yam..
Mak: "Mek Na.mu perasan dok td Nek Yam mu ni lidah dia terjelir keluar",....
Mek Na : "Perasan jugak td,tp mungkin dia panas je kot'...
Mak: Panas pun tkkan terjelir lagu tu.Pahtu tangan dia dok tampar2 lalat td.Mana org tua tu larat nk angkat tangan...
Mek Na : yo jugok tu..
Mak : Kito panggil ustaz baca Yassin utk Nek Yam mu ni..Aku boleh agok doh ni..
Mek Na : Boleh jugok..

Ustaz datang ...kemudian Ustaz mula membaca Bismillahirrohmanirrohim...Yaasiiiiin,Wal Qur'annilhakiiim..Tiba2 Nek Yam bingkas bangun dan berkata dengan suara kasar, " Aku tak heran dgn Surah Yassin ni..aku boleh ikut smpai habis"...Lalu Nek Yam ikut apa yang ustaz tu baca sehingga ayat yg terakhir 'Fasubhanallazii biyadihii malakuu tu kullisyaiin wa ilaihi tur jaunnn'...
Nek Yam terhenti kat situ..tak menyebut ayat yg terakhir..dia sudah kepanasan sambil mengilai.. eeeee..heeeeheeee...."kau pergi balik la ustaz..."Nek Yam kata..."aku dh kata yg aku nk duduk dlm tubuh ni..." tambah Nek Yam tp suara semakin kasar...lalau Ustaz pun balik..Tp sebelum Ustaz tu balik dia ada pesan kt Mak supaya baca lagi Surah Yassin tu ramai2 kat ruang tamu...Mak pun bgtau sanak saudara Nek Yam apa yg di pesan oleh Ustaz tadi.. Didalam bilik itu kedengaran suara yg menderam,menangis,hilai ketawa dan bermacam2 lg..

Esok pagi tubuh Nek Yam sudah tak bernyawa dan berbau serta kurus kering...Mak cakap pelesit dh hirup darah Nek Yam sebelum dia di hantar ke kampung ni..pelesit di dalam tubuh Nek Yam tu yg membuatkan macam Nek Yam masih hidup..sebenarnya dia sudah mati lebih kurang seminggu....Nek Yam membela pelesit tu utk menjaga rumah dan kebun serta keselamatannya....Pelesit tu adalah saka nya....Skang dia mencari waris2 utk hidup...Mak berpesan kepada anak2 Nek Yam,jumpa bomoh utk buang terus saka tu......
..................................................................................................................
P.s : Jangan lah kita membuat perjanjian dengan syaitan & sekutunya utk menjaga keselamatan diri dan harta kita.....Cukup lah Allah sahaja bagi kita untuk semua urusan...

Sunday, October 19, 2008

Saujana mata memandang.....berdegup-degup jantung nk luruh



1.)Pemandangan banjaran Titiwangsa diambik disalah satu puncak Bukit Perak, Kedah...gambar masa buat projek tangki air Jeniang ....ni citer lain
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



2.)Pemandangan diatas kren menara (tower crane) setinggi 60m dr paras bumi...


3.))Pemandangan sawah padi dr atas tower crane di Anak Bukit,Alor Setar,Kedah







Gambar sawah ni aku amik masa keja dulu...aku dicabar Bang Rokim (operator tower crane 2)...operator tower crane 1 namanya Sokid. Kami ada 2 tower crane.Bang Rokim cabar aku sbb dia kata aku penakut utk naik atas.....Cehh..apalah sngt setakat nk pnjt naik atas tu...kalu gelongsor kebawah tu betul la aku takut (gelongsor kebawah terus keeeoottt la)...

Mula2 Bang Rokim naik...zusssss..terus smpai atas..Mak oiiii..lajunya mcm Axion pencuci pinggan magkuk...Skang turn aku...
tangga tingkat 1-3....selamba rock
tangga tingkat 3-6...steady lg
tangga tingkat 6-8...ummh..ummh..dh start lenguh dah
tangga tingkat 8-10...mak oii...5 kali berenti smbil tangan mengeletar..
tangga tingkat 10-kedalam crane...berpeluh smpai basah baju & seluar...nasib baik Bang rokim tarik tangan aku..

Sebenarnya tangga dia bulat (macam gelung rotan yg muat 1 orng dalamnya) dibuat dr besi bulat berjejari 10mm..bayangkan kaki nk pijak camna..kalu macam ekskelator kt shopping complex tu ok la...

Tp aku berjaya bukti kt org asing yg aku pun boleh buat..hehehe ( walaupun aku dh mengucap banyak kali...)

Friday, October 17, 2008

Buku Kegemaran ku....Dia

Fuhhh..kali ke 8 aku baca buku Dia..macam baca novel..tebal buku tu
257 page (bukan egnlish kelate ni)..Sebabnya aku bulih abis baca buku
ni kali ke 8 sbb masa dok kat opis tadi boss aku, Mr.Freddy dengan tak
malunya meminjam broadband Celcom aku sbb modem dia kondem..jd aku pun
ngulat la sat (walaupun 2 jam...ada member aku kalu sat dia smpai
berjam-jam)...

Sebenarnya aku baca buku ni masa bulan posa ari tu lg..sbb
terkedek-kedek jd sebulan gak la nk abis...Macam biasa...bila sampai
bab last ni airmata jantan yg macho ni mesti menitik...sayu,sedih dan
bersyukur betapa aku beruntung menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W....

Aku menangis sebab ayat tu berbunyi begini.."Ya.Muhammad telah
meninggal dunia dan dia sering menyebut-nyebut, "Sesungguhnya aku
ialah manusia seperti kamu juga diwahyukan kepadaku,bahawa Tuhan kamu itu
Tuhan yang Esa"..

Dia sememangnya manusia terpuji,masih merendahkan diri walaupun
dipilih sebagai utusan Allah..Malah semasa matanya memejam dengan
lambat-lambat untuk selama-lamanya pun masih menyebut"ummat ku..ummat ku..
sembahyang dan keluarkan zakat."

ahhh..airmata ni menitis lagi..

...............................................................
p.s : buku "Dia" ni bukan novel cinta tp kisah & perjuangan
Rasulullah semasa dia dilahirkan sehingga dia wafat..aku amik dari kakak
aku sbb STPM dia dh 30 tahun lepas...Ini lah buku kegemaran ku.

Thursday, October 16, 2008

Jeniang Oh Jeniang...

Tutt..Tutt..
Hello..Uxop..kompani assign you dekat projek Loji Air Jeniang...tut.tutt.Itu lah perbualan dgn boss baru aku semasa berada di Alor Setar..Nasib baik projek kompani lama yg buat Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,Anak Bukit Kedah dah nk siap..

Jeniang???...Mana tempat tu..pelik la..tak pernah dengar aku...agrhhhh..
"Tempat tu kat hulu sana dekat Sik dan Gurun".kata Giant,kawanku dengan eksennya....ohhh..tidak..camna aku nk hidup sana..selama 4 tahun keja di KL dan 2 tahun di Alor Setar...tiba2 terpaksa ke tempat yg kecil & terpencil..

Seminggu di Jeniang dengan keadaan jalanraya Gurun-Sik belum siap betul2 membuat kereta ku merana, kedai makan yg sedikit pada malam hari(kt pekan dia tu banyak cuma siang ja)..hati ku mmg nk memberontak utk berhenti keja kalau berterusan begini..

Sebulan di Jeniang...
Meeting dengan JBA Sg.Petani..JD Pn.Hamidah merayu kepada kami supaya projek ni boleh siap sepenuhnya kerana keadaan bekalan air untuk keperluan penduduk kat sini terutamanya Sik amat teruk...Dia betul2 mengharapkan kami merealisasikan harapannya itu kepada kami..plinggggg...ohhh..sayunya hati ku bila mendengar begitu..kesiannnya penduduk2 kat sini..terbayang wajah makcik jual nasi lemak(makcik angkat lipan ketawa),imam dan makmum Masjid Safwan Jeniang dan masjid seangkatannya...berapa derita mereka kalau air selalu terputus..

Jeniang..akhirnya aku terus kekal di sini sebab itu..Syukur alhamdulillah,sbb aku berpeluang tolong orang disini..
.................................................................................
p.s : man-helang & lipan ketawa...rugi kauorang xde kat sini..awek-awek kt sini cun melecun & putih melepak ramai..oh..terpikatnya aku kt sini..budak gemuk pun dh terbeliak biji mata.heehe

Wednesday, October 15, 2008

Al-Quran mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan

Aku asyik membaca buku bertajuk 'Hikmah Terapi Al-Quran' oleh Hishsyah binti Rasyid.tetiba aku tertarik dgn tajuk kecil ini 'Al-Quran mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan..

kisah 1...

mengenai seorang wanita yang selalu dipenuhi dgn masalah antara dia dengan suaminya malahan dengan anak-anaknya juga tidak mempunyai hubungan yang baik.Akhirnya dia mencuba dan rajin membaca surah Al-Baqarah setiap hari.Ternyata kehidupannya dgn suami dan anak-anak semakin positif berubah kearah yg baik dan menyenangkan.

kisah 2....

seorang wanita yg dikurniakan hafalan Al-quran sebanyak 25 juz.tetapi kehidupan beliau dipenuhi kesengsaraan.Beliau mempunyai beberapa orang anak perempuan yg sudah bernikah.Namun diantara mereka tiada keharmonian malahan jika mereka datang mengunjungi beliau terasa sempit hati dan gelisah.Setelah beliau mendengar ceramah tentang keutamaan Surah Al-Baqarah dan mengamalkannya.Ternyata beliau merasa lega & sangat rindu dgn puteri-puterinya kerana sumpahan sihirnya telah musnah...

Surah Al-Baqarah juga dapat menjadi penawar bagi yang tidak mempunyai zuriat tetapi mengidamkannya dengan sekian lama.Allah itu Maha Pemurah..

Besar sungguh mukjizat Al-Quran Mu ya Allah..ia menjadi penawar dan panduan kepada seluruh manusia yang beriman..

Tuesday, October 14, 2008

BILA KAU NK KAWEN

Semua orang mesti heppi bila nk balik kampung beraya...tp aku ada kecut perut skit pasal mesti ada soalan-soalan beracun biologi yang boleh menyesakkan nafasku..tak lain tak bukan,bom beracun itu mesti dilontarkan kepada ku oleh keluarga,sanak saudara & mmber2 yang dh bekeluarga..bisa bonar ayat ni kepada ku..." BILA KAU NAK KAWEN"...

Ahhh..mesti lidah terkedu punya..sebab dalam setahun ni dah 2 kali aku bercouple tp tk jadi2 jugak..susah betul...tgk saudara Manhelang pun skang dh ada anak yg kiut-miut..sori Man sbb melibatkan family kau..Sebenarnya aku pun mls nk fikir bab ni tp terpaksa fikir gak sbb dh makin tua...tapi makin fikir makin serabut..

apa tak nya..hantaran mesti semakin meningkat disebabkan taraf ekonomi meningkat..kalu xda RM5k keatas ...haaa..lupakan saja..tu belum masuk kos kenduri & lain2 lagi..apa lagi tambah buku 555 dgn Bank Rakyat la nampaknya..bila dengar warga pekerja indon cakap di negara nya cuma perlu senaskhah Alquran dan cincin tanda pun dh cukup utk kawen, terasa bertuahnya diorang..dpt memenuhi sunnah rasulullah dgn baiknya...

Tp di Malaysia, semaki ari semakin mahal..di tambah dgn gejala artis2 dan bangsawan yang suka menonjolkan kekayaan dan status diri di dada-dada akhbar dgn harga yg melambung tinggi ...RM88,888.88, RM11,111.11 dan RM 100K berserta satu merz kompressor...semata-mata utk nama dan ranking di mata orang ramai...

Aku pernah bertanya dgn ex...aku,"awak, kenapa nk hantaran smpai RM8K"..dgn selamba dia jawab sbb harga dia macam tu & sepupu-sepupu dia pun rate tu jugak..kene ikut rate jiran2 gak...terkedu aku.itu yg melemahkan aku.kalu perangai elok xpa lah jugak..kira berbaloi.kalu tidak..abis la ,terpaksa cari lg RM8k.

p.s : sebenarnya aku segaja ungkit alasan macam tu sbb belum jumpa jodoh yg sesuai lg..sorry kalu ada yg terasa minta maaf.sekurang-kurang aku selamat ms balik kampung ari tu.hehe.

Monday, September 29, 2008

Mencari keredhaan Allah

Tersentuh hati ini bila terbaca karangan saudara Manhelang mengenai kesihatan mak beliau di post Di Suatu Pagi Nan Indah..Dikala Fajar Menyingkap Tabir Mlm Di ufuk Timur...sememang bila sudah tua ni mcm2 penyakit akan bertandang keatas diri ini..Kisah ini juga mengingat kn aku terhadap Pak Mat yg berumur 65tahun yg lumpuh dari paras pinggang ke bawah yg tinggal di Trong,Perak.Sewaktu 31 ogos 2008 lalu (cuti hari kemerdekaan Malaysia),kawan aku mengajak kerumah Pak Mat Guard kerana kawan aku ni dh 10 tahun tak melawat Pak Mat.Macam Jejak Kasih lak.Mereka kerja sekali dulu,pastu projek terbengkalai kerana management melesapkan duit rakyat..ini lah pemimpin bahagian bawah yg korup,menyusahkan org susah ja..

Dari pengamatan aku Pak Mat ni jenis yg bnyk ilmu agamanya..masakan tidak dia dpt masuk dlm majalah "Mastika" utk cerita penjejakan orang bunian di Daerah Trong ni..tapi itu dulu,masa muda & gagah perkasa..skrang tubuh yg lemah dan kurus ini hanya terlantar di atas katil..tetpi tiada penyesalan di hatinya walaupun berkeadaan begini..mulutnya sentiasa bertasbih mengingati Allah..tiba-tiba pak Mat mengeluarkan satu citer yg tak sedap didengar oleh hati ini..citer masa dia kerja dgn syarikat lama di tapak projek membina pusat masyarakat berdekatan kampung itu..menurut beliau syarikat lama tidak membayar gajinya sebanyak 3 bulan..dekat2 RM2 ribu lebih..10 tahun dulu amaun itu cukup besar utk seorang tua demi menjaga kelangsungan hidup suami isteri.seorang tokoh keparat dr.parti pemrintah dulu telah melesapkan wang rakyat utk tembolok buncit nya.Kesian kat org tua ni..susah benor dia kesana kesini utk dptkan hak nya..tapi hampa..akhirnya dia redha sbb mmg bukan rezeki dia..tambhan dia bukan jenis suka merayu simpati..ada adalah,takda takdalah..Masa PRU ke-12 dulu mcm2 janji diberikan.Tak kiralah dari parti pemerintah ke parti permbangkang..suma nya tinggal janji..sedih juga hati ini bila rakyat yang tua dan lemah sewenang-wenangnya dipermainkan..

Tuesday, August 26, 2008

BERMUHASABAH DIRI















SELAMAT MENYAMBUT & MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN NEGARA..............




BERMUHASABAH DIRI DAN MENGAWASI DIRI (MURAQABAH) SEBELUM DAN SEMASA MELAKUKAN SESUATU PERKARA/URUSAN,MUDAH-MUDAHAN SEGALA PENYAKIT HATI AKAN BERKURANGAN...INSYA-ALLAH

Kejernihan fikiran selalunya lebih mudah di rasai pada waktu fajar iaitu selepas selesai menunaikan solat subuh.....Soal dan hitung balik segala penyakit-penyakit hati dan dosa-dosa yang anda lakukan.....dan lantas bertaubat serta berazam untuk tidak mengulanginya...

Tanyalah diri anda.....

1 :--Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan diri anda sebelum solat dan selepas solat masih sama?
2 :--Adakah anda merujuk kepada Sunnah Nabi sebelum memulakan sesuatu ibadah?
3 :--Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?
4 :--Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan ketaatan?
5 :--Adakah anda redha dengan ketentuan Allah ataupun anda berasa amat gusar?
6 :--Adakah anda hanya mengharapkan ganjaran dari Allah semata-mata daripada kerja yang di buat,kesukaran berjihad dan kesakitan yang anda lalui?
7 :--Adakah anda berasa lemah semangat sehingga tidak mampu untk menasihati saudara sendiri?
8 :--Adakah anda berbuat baik kepada keluarga,jiran,masyarakat dan negara?
9 :--Adakah anda mengiringi setiap kebaikan dengan kejahatan?

SEANDAINYA KITA MAHU MENGUBAH KEADAAN UMAT ISLAM DAN MENDIRIKAN DAULAH ISLAM, MAKA KITA HENDAKLAH LEBIH DAHULU MENGUBAH DIRI KITA SENDIRI

Thursday, August 21, 2008

Negara Dan Pemerintahan Islam Semasa Nabi Muhammad S.A.W

Menurut buku 'NEGARA DAN PEMERINTAHAN DALAM ISLAM', Dr.Ahmad Syalabi menerangkan budi pekerti Rasullullah S.A.W adalah faktor utama berhasilnya pembentukkan masyarakat Islam yang pertama.Budi pekertinya yang luhur telah memikat hati manusia.

"Andaikata engkau (Muhammad) berbudi jahat, berhati keras (kasar), nescaya lari bercerai berai lah mereka dari engkau" (Aal-'Imraan : 159)

Malah Perlembagaan Madinah amat nyata tentang keutuhan peribadi dan masyarakat islam di bawah pimpinan baginda iaitu :

1) - Kepercayaan (Akidah) menjadi Dasar Negara dan Dasar Persatuan Umat.

2) - Baginda sendiri menjadi Ketua Agama yg membimbing rakyat ke jalan Agama Allah S.W.T

3) - Warga negara mendapat hak (perlindungan) yg sama sekalipun mereka berlainan agama dan bangsa bila mereka patuh kepada kekuasaan Islam.

4)- Warga negara (rakyat) sama-sama menanggung kewajipan memelihara keselamatan negara.

5) - Pembentukan sebuah negara yg membuka pintu masuk kepada orang bukan Islam untuk memeluk Islam sebagai Agama Rahmat bagi seluruh alam.

Rasullullah S.A.W semasa hayatnya juga berjaya mempraktikkkan Dasar Persamaan Antarabangsa.sebagaimana sabdanya :

"Tiadalah kelebihan orang Arab daripada yang Bukan Arab melainkan taqwanya."


Ini memeranjatkan tokoh-tokoh barat kerana hal ini amat luar biasa. Dr.Gustave Le Boneada membuat pengakuan " Bahawa perubahan yg diperolehi Nabi Muhammad S.A.W itu memang luar biasa dan tiada contohnya.Bagi umat Islam, soal itu tidak merupakan hal yg luar biasa yang menyebabkan Muhammmad harus dipandang lebih daripada manusia yang bertugas menjadi Rasul Tuhan; dan kebijaksanaan Muhammad serta kemahuanan sungguh-sungguh daripada sekalian orang Islam pada zaman pertama."

HANYA DENGAN SIFAT LUHUR DAN TERPUJI DIMILIKI BAGINDA,NABI MUHAMMAD S.A.W DAPAT MENYATUKAN MASYARAKAT BANGSANYA YANG KUCAR-KACIR KE DALAM SATU AGAMA, SATU PEMERINTAHAN, SATU WARGANEGARA, SATU UNDANG-UNDANG DAN MENGUTAMAKAN SATU BAHASA IAITU AL-QURAN.

Monday, August 18, 2008

Sifat Ujub perosak diri..



Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan peperangan dan perang Hunain,semasa kamu bermegah dengan bilangan mu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada mu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah : 25)

Ujub menurut Kamus Dewan merujuk kepada perkataan Arab yg bermaksud kagum terhadap diri sendiri, angkuh ,bongkak dan ego.Sikap ujub boleh dirumuskan sebagai sifat kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperolehi dan seterusnya lupa mensyukuri nikmat itu kepada Allah

Seseorang yang bersikap ujub selalunya lupa untuk memperbaiki atau mengenali kekurangan dalam dirinya termasuklah dalam ibadat dan kebaikan yg dilakukan.Kealpaannya itu mengakibatkan amalannya menjadi sia-sia.

Mereka yang bersikap ujub ni mudah merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah bahkan merasa selamat daripada ujian dan seksaan Allah terhadap dirinya.
Sikap orang yg ujub ini antaranya ialah keras kepala (tidak mahu menerima nasihat yang baik) angkuh kerana merasakan dirinya yang terbaik (tiada manusia yang terbaik @ terburuk kerana semua manusia adalah sama disisi Allah, yang membezakan hanyalah taqwa kepada Allah) dan memandang rendah akan pendapat dan kebolehan orang lain.

Bahana dari sifat ujub ini akan menjadikan manusia malas berfikir dan takabbur kerana merasakan dirinya sudah cukup pandai dan ilmunya sudah banyak serta merasakan diri dan kaumnya yg terbaik.


Pemimpin yang bersikap ujub akan pasti membawa kebinasaan yang besar kepada negara kerana merasa dirinya sudah cukup pandai mentadbir negara serta mempunyai kuasa tanpa mempedulikan hak-hak bersuara dan keperluan rakyat jelata.


Sikap ujub dan taksub terhadap asal-usul keturunan dan kejayaan sesuatu kaum atau bangsa itu juga boleh meranapkan dan menjatuhkan kaum itu sendiri.Buktinya cukup nyata.Anda boleh perhatikan sendiri di sekeliling anda, catatan sejarah-sejarah lampau dan kisah-kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran….Perhatikanlah dan Jauhilah sikap Ujub..

Monday, August 4, 2008

INDAHNYA BERSEDEKAH


"Bandingan org yg membelanjakan harta ke jalan ALLAH sama seperti sebiji benih yg tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai,tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.Dan ingatlah, ALLAH pasti melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya dan ALLAH Maha Luas (RahmatNya) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al-Baqarah : 126).
Amalan bersedekah adalah satu sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi sebagai hamba Allah. Bagi pemberi sedekah walaupun sekadar yg mampu diberikan sudah cukup memberikan ketenangan hati kepada pemberi itu sendiri apatah lagi kepada penerima yang betul-betul dapat meringankan beban dan penderitaannya.
"Dan belanjalah (dermalah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, maka ia pada saat itu merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku kesatu masa yang sedikit lagi,supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang yang soleh." (al-Munafiqquun:10).
Islam sangat-sangat menggalakan umatnya bersedekah dalam membantu mereka yang kesempitan.Nabi Muhammad S.A.W sendiri menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan bersedekah kerana banyak sekali manfaatnya. Sumbangan yg ikhlas tanpa mengira serba kekurangan atau sekecil mana pun cukup amat bermakna kepada penerima walaupun mampu menerbitkan senyuman itu hanya seketika.
"Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana ALLAH semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan darimu atau ucapan terima kasih." (Al-Insaan :8-9)
Imam Syafiee Rahimahullah menerangkan orang fakir itu tiada harta dan mata pencarian manakala orang miskin ialah ada harta sekadarnya atau ada mata pencarian tetapi tidak cukup bagi menyara hidup.
Rasulullah S.A.W juga ada menerangkan tentang gologan fakir miskin sebagaimana terdapat dalam satu Hadis Abu Hurairah R.A bermaksud : Orang fakir miskin bukanlah orng yg (menadah tangan) meminta-minta ke sana sini kepada orng ramai yg apabila ia mendapat satu atau dua suap makanan atau sebiji atau dua biji buah kurma dan ia pergi lagi ke tempat lain untuk meminta lagi.
Menjadi tanggungjawab kita untuk mengenalpasti orng fakir miskin dulu sebelum menderma atau bersedekah. Sebenarnya orng fakir miskin ialah orng yg tidak mampu menampung sara hidupnya dan malu untuk meminta bantuan kepada orng ramai kerana khuatir menyusahkan orng lain.
Nabi S.A.W ada bersabda maksudnya : Sekiranya seseorang tidur dengan perut kosong, jaminan pertolongan ALLAH akan jauh daripadanya.
"ALLAH tidak melarang kamu drpd berbuat baik dan berlaku adil kepada orng2 yg tidak memerangi kamu kerana agamamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya ALLAH mengasihi orng yg berlaku adil."Sesungguhnya ALLAH hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yg memerangi agama (kamu) dan mengeluarkan (kamu) dari kampung halamanmu, serta mereka membantu orang lain untuk mengusir kamu.Dan (ingatlah) sesiapa yg menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orng yg zalim." (Al-Mumtahanah:8-9).
Bersama membantu org susah & miskin melalui :
1)- Kijang Care Organzation - maybank : 5122-4060-0597 ; utk laporan kewangan lawat http://www.kijangcare.org/
2) Masjid Pondok Tahfiz Pdg Bongor ,Tanah Merah,Kelantan..Derma utk pembinaan;
Bank Islam : 03054010020678 @ Maybank :553056007684;

hulur bantuan kepada anak yatim & miskin :
1) PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN NURUL IMAN -
Akaun Bank Islam 08-013-01-006136- 1
2)Rumah Anak-anak Yatim Bait Al-Amin , Bank Islam Bhd. Caw.
Ipoh No.Akauan: 08-013-01-005612-4 http://bait-alamin.blogspot.com/
3)Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah"; Account no: 12-029-01-001611-4 of Bank Islam Malaysia Berhad ..http://www.darulizzah.enetmyne.com/
4)NAMA : Asrama Anak-Nak Yatim/Warga Miskin Budi MuliaNurul Huda
ALAMAT : Lot 429 & 431 , Kampung Tersusun Tanah Hitam, 32100 Chemor, Perak Darul Ridzuan
PENGHUNI : 40 Orang Anak Anak Yatim Dan Miskin
PENTADBIR : En. Shaharuddin Bin RazaliTEL : 05-2011391 / 012-2707619
CIMB iaitu 08150068314529 diatas nama BUDIMULIA NURUL HUDA

Monday, July 28, 2008

PETIKAN DARI OFF ROAD TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SIAPA PERLU BERCAKAP BAGI PIHAK ISLAM

Saya (Tuan Guru Nik Abdul Aziz) masih teringat saranan TPM dalam majlis Penutupan Seminar "Who speaks for the west.Who speaks for the Islam" yg telah diadakan di Kuala Lumpur pada 11 & 12 Februari 2006.Beliau menekankan golongan Islam majoriti yang senyap perlu berani berdialog dan menyuarakan pendapat dengan masyarakat barat. Jika Dato' seri Najib maksudkan golongan majoriti yang senyap dan perlu bersuara itu adalah dari majoriti orang Islam dalam UMNO maka betul lah Najib sedang ketuk besi sejuk.

Bagaimana orang UMNO mahu bercakap mengenai Islam sedangkan fahaman dan perjuangan mereka adalah kebangsaan. Justeru pernah cuba mahu membawa Islam kedalam UMNO lah DSAI ditumbuk,ditendang,dibuang dan dicederakan.
Paling tinggi yang disuarakan UMNO ialah Islam dari jenis Hadhari yakni satu klon Islam yg di modifykan yg sngt dipersetujui oleh Amerika & sekutunya. Sepanjang 50 tahun merdeka dan membisu mengenai Islam,kemudian secara tiba2 dlm masa setahun dua UMNO mengisytiharkan Malaysia Negara Islam.Itu pun nak berpaksikan kepada apa..pembinaan masjid yng banyak dgn jumlah jemaah yg sedikit,penganjuran majlis Tilawah Antarabangsa ataupun kedudukan kita dalam OIC itu sebagai pengukurannya.Sepatutnya dasar kebangsaan Parti UMNO itulah yang patut diubah kepada berlandaskan AlQuran.Kalau nak pakai Islam pun mesti dari jenis Hadhari.Jenis lain tak boleh..mmm agak2 ada berapa jenis..Saya (Tuan Guru) selalu syak yang Islam hadhari versi UMNO ini adalah dari daya cipta Yahudi yg direstui oleh Amerika. Jika UMNO beria-ia mempertahankan islam hadhari ini bererti dia menolong musuh islam kerana sebarang untung untuk melunturkan Islam yang di turunkan kepada Muhammad S.A.W akan dibahagi dua labanya.50% untuk UMNO & 50% untuk dinikmati oleh musuh-musuh Islam yg sememangnya menanti peluang ini.

Bukti pertama UMNO menolak Islam ialah sikap mereka semasa mengubal Perlembagaan. Bukti kedua ialah semua orang tahu Perkara 4(1) yang membelakangi Islam.Selama 50 tahun UMNO tidak nampak apa2 tanda pun untuk meminda. Bukti ketiga dengan penangkapan tok-tok guru & ulama dgn terus menggunakan ISA tanpa pengadilan mahkamah. Keempat setiap kali pilihanraya UMNO bersungguh melawan PARTI yang dasarnya Islam.Kelima ialah UMNO tolak terus menerus MELAKSANAKAN hukum hudud dengan pelbagai alasan dan cara.

Ringkasnya ditangan sekumpulan pemimpin nasionalis, Malaysia di pandu oleh orang yang keliru dan mengelirukan. Kekeliruan terkini ialah bagaimana kita boleh terfikir Pengerusi OIC kita boleh tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan barangan DENMARK & BELANDA (baru2 ini) sedangkan hampir seluruh OIC bangkit menyatakan protes terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W..baru2 ini negara mencetuskan kontroversi dengan menjemput kedatangan skuad Chelsea yg di kemudikan oleh seorang bangsa Israel dengan memberikan alasan untuk memajukan bolasepak Malaysia..amat2 mengelirukan...

PERSONALITI TERBAIK MULAKAN DARI DIRI ANDA

Abdul Qadir al Kailani ada menyebut : seorang hamba (manusia) berada ditengah-tengah diantara Allah dan nafsunya.Jika dia memenangkan nafsunya maka dia adalah hamba nafsu dan jika dia memenangkan Allah maka dia adalah hamba Allah. Semasa penciptaan manusia yang pertama pun sudah ada pertentangan yang hebat diantara manusia dan iblis.Sebagai manusia yang baik, kita harus mengingatinya selalu bahawa siapakah musuh kita yang utama...

Tetapi kita harus mengakui bahawa manusia ini ada lagi satu kelemahan yang terdapat dalam diri selain musuh dari luar iaitu nafsu. Disni lah pertempuran besar yang perlu kita lakukan dengan persediaan ilmu agama yang kuat demi menjadikan kita sebagai insan yang berpesonaliti terbaik sebagaimana peribadi Nabi Muhammad S.A.W.

Bagaimana hendak mengalahkan nafsu :

1) Mutajarrid (Kesetiaan mutlak)

a - penumpuan niat iaitu niat sesuatu pekerjaan & perbuatan hanya kepada Allah S.WT. Jangan lakukan amalan untuk mencari kedudukan dikalangan manusia.Setia hanya kepada Allah

b - penumpuan tauhid iaitu bersihkan iktikad kepercayaan dan tauhid dari perkara syirik.Jangan sesekali meminta pertolongan dari sekutu-sekutu syaitan yang nampak macam berkuasa tetapi sebenarya mereka lemah dan terpedaya dengan penipuan iblis dan syaitan.c

c - penumpuan ikutan iaitu segala tingkahlaku dan perbuatan hanya kepada Allah

2) Mengagung Syiar Agama Allah

3) Bertawakkal & Redha

Tuesday, March 4, 2008

Indahnya Cinta



Percintaan itu sememangnya indah.Erti cinta itu pun sudah melambangkan keindahan lagi suci.Cinta itu boleh diertikan sebagai satu perasaan tulus dan kasih yang lahir dari perasaan hati yang mendalam bahawa tiada orang yang lebih layak disampingnya melainkan orang yang dipujanya itu.
Apapun cinta yang terlalu menaruh harapan yang tinggi untuk sempurna hingga ke akhir hayat amatlah sukar dan lantaran perubahan dan kedinginan cinta itu menyebabkan seseorang itu merana dan menderita perasaan dan hati.Ingatlah wahai insan bahawa cinta itu anugerah Allah yang tak ternilai kepada semua makhluknya.

Islamic Clock