Thursday, June 11, 2009

Tingkatkan Daya Ingatan

Tingkatkan Daya Ingatan
Oleh amirais
Hakcipta@2009 Bicara Kita

Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.
Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Bermain
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca dan seeloknya memahami isi Al-Quran kerana dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

6 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum uxop,

Bagi Mak Cik Membaca Al-Qur'an yang paling berkesan sekali...Terima Kasih atas tips ini.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yup2.. shokong ngan komentor di atas.

btul ke kalu makan smut dpt kurangkan daya ingatan? mkn ikan?

Unknown said...

Wa'alaikumussalam Makcik..
Sama2..
Sudah semestinya Makcik..AlQuran itu kalam Allah..

Unknown said...

Lol..
semut & kepala ikan mmg leh buat kita cpat lupa..ada asid dlm badan semut/otak ikan yg mempengaruhi sel otak kita..

kalu nak cepat pndai cari minyak ikan (bukan minyak goreng ikan)..Isya-Allah sel otak bertindak pantas gitu cepat..ada rahsia utk jd bijak tapi mls nk bagi sbb ia amalan org Israel..kalu nk nnti tuk n3 baru..

haahh..lg satu..kepala UdanG pon jgn sekali-kali mkn tau..takut lekat tanduk dia yg tajam gitew..ehhee

miss lolly a.k.a luvfareda said...

weeewww.. baek doc uxopkuh. hihi. huwaa.. cam iklan colgate lak.

MAKANAN MPENGERAUHI SEL2 GIGI KITA. ( cenggituh ke ayatnye? hehe).

yaa.. lol mmg makan ikan kod tuh.wink2x. sjk dulu ag. ok2. lol tggu nexttttttttttttttttttttt entri.

Unknown said...

Lol..
tul lah tu..patut la rase cam penah dgr..rupe-rupenye iklan colgate..ihh.ihhh..

minyak ikan kod tu mmg bagus tuk minda kita...bagus2 teruskan..patutlah dpt masuk UM..kalah dokter ni..dokter ni cuma pass SPM je dlm Zombie Kg.Pisang..hihi

Islamic Clock