Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Saturday, May 30, 2009
Catitan arini 30/5/09
catitan arini..6.50pg selepas solat subuh,gi pasar borong KB beli ayam 50 ekor dan sayur untuk lauk esok.arini i kene jd anak mummy..i follow je dia nak beli apa..dia beli incik uxop jd tukang angkat..sampai umah kul 8.30pagi, sampai umah pastu nak cukur kepala my dad plak..tp sblom tu kene tido dulu sat..ehhh terlajak lak smpai kul 9.30 pagi..terus cari my dad..tgk2 kepala dia dh licin..rupa2-nya masa aku tido,sepupu ku telah cukur kepala dia..
Pastu terus tolong kaum pompuan kerat & cuci ayam utk dimasak..then pasang khemah tuk tkg masak..
4.30ptg gi umah tuk imam tuk inform & sah kan majlis akad nikah mlm ni lps isyak..
pastu gi amik member adik ku kat KB yg dtg jauh dari KL..
8.30 mlm rombongan ke masjid & solat isyak jemaah..lps solat majlis akad nikah..pengantin lelaki ucap dgn skali lafaz je..
ok lah...incik uxop sudah letey..nak tido dulu arrr...k..salam
Friday, May 29, 2009
senja di penghujung usia
Larian detik dan saat sepantas peluru hidup..
Korban adalah manusia yg dihalanya..
Masa bertanya kepada manusia..
Manusia kenapa kau tersungkur dengan aku..
Manusia berkata...
kerana aku terlalu takut padamu...
Engkau meninggalkan aku tatkala dipersimpangan..
Lalu masa berkata..
Tipis bekalan mu..
aku berlalu usah kau peduli..
amalan mu akan menjadi bekalan
takutlah pada amalan mu
Spotcheck diri
Sekarang masa nak menilai diri balik..adakah aku sombong,jahat dan lupa diri/asal usul..exactly saya amat sedey bila someone has told me that...."awak ni berlagaklah",awak pentingkan diri sendiri dan high class level"..
Errr..salah kah aku kalu just bagi opinion & take care kat dia..awak patut bawa abang awak kat private hospital sbb sana lebih baik services berbanding gomen punya.Mahal skit takpa lah,janji tak sakit sangat..then something yg tak terduga berlaku..she replied " awak takpa lah gaji banyak,kalau awak nak berlagak dgn sy baik tak payah"..erkkk...hati ku dirobek-robek..seingat aku,aku tak pernah hina org miskin,OKU dan org bawahan aku..sah kan nak hina, nak marah pon sesekali tidak..hormat diri org,senyum dan cakap lembut adalah cara aku selama ni..cuma kelemahan aku ialah percayakan org 2x je..1 lps dh bagi peluang berubah,then for third 1 I'm sorry..no excuse..baik belah sblom aku karate..ekeekee..tapi lepas tu kalu dia minta maap,hati ni sayu n meleleh airmata,maka aku musti lupakan sengketa tu..sbb tu boss n staff bawahan gitau..aku dak pernah nampak kau marah,staff silap je kau gi tolong n settle..pelik tul
Ahh..biar lah orang nak beranggapan begitu..kalu aku sombong mgkin aku dh xmao balik kg,tak kenal org tua dan member2 lama yg kerja kampung ..tapi wat apa nak gi sombong N berlagak dgn org yg kurang daripada kita..tak de pekdah ehhh..baik aku ajak diorang gi minum kedai kopi sekali..lagii chantekk punya..
Maafkan penulis sbb kisah lama ni menyebabkan penulis sentiasa sayu dan beringat-ingat..I love my kampung..harap2 ada keja kat cini/KL..ehehee
Thursday, May 28, 2009
Coretan harian sehari 2 lepas..
Ohhh..my goshhh..keter buruk ku baru siap semenjak 3 minggu di workshop Lan Auto..kenape kau nk sopping smpai RM1k..hahhh..skang meh aku makeup-kan kau..lawooo nye..
Monday, May 25, 2009
Lawak Sentri Wan Tu Jaga
Sunday, May 24, 2009
Dpt Nasihat Di Ari Cuti Yg Kene Kerja
Saturday, May 23, 2009
Angin Kehidupan
aku sudah berada di puncak..
Sekali ini taufan membadai kata-kata angkuh itu..
Tidakkah manusia ingat..
Monogami berkasih..dari fikiran penulis je..
Thursday, May 21, 2009
My name is Kim San..
Cast:Kim Sun Ah as Kim Sam-soon, Hyun Bin as Hyun Jin-heon, Jung Ryu Won as Yoo Hee-jin, Daniel Henney as Dr. Henry Kim
Synopsis:
For all average girls in the world...According to a research, 73% of Korean women believe that they are fat. That’s seven out of ten. Our lead character Kim Sam-Soon is not an exception. She just gained 7kg after having her heart broken.She is a 29-year-old single who has an average life. She didn’t go to college. She doesn’t have her own apartment or a car. She doesn’t have a boyfriend.
Although she has baker’s license, she got fired last Christmas Eve. She is one of us.Women like her dream of romance that happens only in the movies, but they also know that it won’t happen to them. They believe that they’ll be happy as single if they love their work. Many of them dream of traveling the world for their whole lives. Sometimes they flutter when younger men try to flirt with them. They begin to feel pressured because they are afraid of aging. They still dream of something big happening though, something that will awake their forgotten dreams.
A Romantic Comedy Full of TastesThe drama is full of interesting and attractive characters. All characters have unique personalities and intriguing traits.The plot of the drama is simple. But it has something for everyone. You will be able to relate to some characters in the story. They get their heart broken, get over their unsuccessful romance and move on. They work, get stressed, laugh and cry. They seek comfort and treat their emotional wounds.source:
http://content.mbc.co.kr..................................................................................................
layan je haiiihh..sesuai gak dgn org berumur pertengahan cam aku..Ngeeeeh..ngehhh..adakah ini trend monogami berkasih..next N3 saya citer ..k..
Wednesday, May 20, 2009
Harapan Terakhir
Selesai menyusun stok buku itu di rak yang dikhaskan,Adilla terus ke pintu depan untuk membuka pintu masuk kedai.Selalu pelanggan ramai dalam jam 11 pagi hingga 5 petang..
Semasa hendak membuka pintu ..tiba2 seorang pemuda meluru masuk..pintu itu hampir mengena Adilla..
"Heiii..boleh beradab skit tak bila nak masuk..nasib baik tak kena saya,"kata Adilla.
"Maafkan saya..saya nak cepat sebab boss pesan suruh beli Majalah Time Business,"kata Ihsan tercungap-cungap.
"Lain kali jangan amalkan begitu..nanti saya ambilkan,"kata Adilla..
"Nah..Majalah ni RM5.80."tambah Adilla
"Ni duit nya..baki nya tu cik simpan lah dulu..saya dah lambat..by the way nama saya Ihsan,"Ihsan memperkenalkan diri dan terus meluru keluar dengan tergesa-gesa..
Keesokkan harinya kereta BMW X6 berhenti di depan kedai.Keluar seorang pemuda yang berpakaian kemas..baju kemeja putih berseluar slack hitam dan kasut hitam berkilat..Terbeliak biji mata Adilla..
"Itu pemuda semalam..hensemnya.."bisik hati Adilla..Dia tersenyum.
Pemuda itu masuk dan bertanyakan suratkhabar Berita Malaysia terbitan hari ini.Adilla memberikan apa yang diminta oleh Ihsan.
"Wahhh..comelnya senyuman cik buku hari ni..semalam garang sangat,"Ihsan memula bicara.
"Apasal?Tak boleh saya senyum..takkan nak marah hari-hari..semalam tu salah awak,"Adilla menjawab.Muka Adilla masam mencuka.
"Ehh..takda lah sampai takleh senyum.senyum kan sedekah untuk pelanggan pertama hari ni,"Ihsan menyakat Adilla..
"Saya Ihsan.Pemandu Dato' Jamal,"Ihsan memperkenalkan diri..lembut dan tersusun..
"Saya Adilla.Bukan towkey kedai ni..kuli je kat kedai ni,"Adilla membalas..
Mereka berdua ketawa bersama dengan kata-kata lawak Adilla tu..
Setiap pagi selepas menghantar Dato'Jamal ke pejabat, Ihsan akan bertandang ke kedai buku Adilla..mereka seperti sudah kenal lama walaupun baru kenal..masing-masing amat menyenangi hati budi masing-masing..Ihsan tak habis-habis dengan kelakuan menyakat Adilla,sementara Adilla akan membalas dengan lawak -lawak nya..Ada harapan kah utk mereka ni..
Sudah 3 bulan Ihsan tidak menjengah Adilla di kedai..terasa sunyi sekali bila tiada sakatan dari Ihsan.."kemana Ihsan pergi ni,"rintih hati Adilla..Selama 3 bulan itu juga kereta Dato'Jamal dipandu orang lain..perasaannya terusik.."Ihsan..adakah kau sengaja nak mengusik hatiku..engkau datang dgn harapan kemudian pergi seperti bayang2,"bisik hati Adilla..
"Cik Adilla ada surat utk Cik,"jerit Posmen.Adilla melangkah lemah dan manyambut surat itu.."Siapa yang utus surat ni.Selama ni tak pernah ada orang utus surat kat aku,"Adilla membebel sambil berfikir..Dia buka dan baca surat tu..
Kehadapan Cik Adilla Buku..
Maafkan peminat mu ini kerana sudah tiada kesempatan utk mengunjungi mu..Saya rindu dengan lawak-lawak awak tu walaupun dengan sindiran..bukanlah saya melarikan diri dari awak kerana saya rasakan awak begitu begitu istimewa sekali dalam diri saya..Saya terpaksa berbuat demikian kerana ingin mengejar cita-cita saya dan orang tua saya...Saya ada satu berita penting buat awak...tapi sanggupkah awak menunaikan permintaan saya ni?..Jika awak mempercayai saya,bolehkah awak menjemput saya di KLIA minggu depan?..Itu pun jika awak tidak marah dengan saya yang menghilangkan diri tanpa memberitahu awak.Saya terpaksa undur diri dulu.Warkah surat ini untuk bukti saya masih mengingati Cik Adilla..
Salam dari Ihsan..Massachussets..USA
Seminggu berlalu..tiba hari yang mendebarkan bagi Adilla..Betul2 kah Ihsan ni..mana mungkin kerja driver dapat pergi ke luar negara yang kosnya amat mahal..
Kedengaran dari corong suara tentang ketibaan penerbangan dari Amerika oleh petugas KLIA..Hati Adilla makin berdebar-debar..matanya melilau mencari orang yang ditunggu..Matanya terpaku melihat kelibat orang yang dimaksudkan..Ihsan nampak segak walaupun berseluar denim biru dengan baju long sleeve tebal berbelang..Ihsan menuju kearah lain..seolah-olah tidak nampak Adilla.."tak mungkin dia tak kenal aku,"bisik hati Adilla..Dia melambai tangan..tapi Ihsan tetap menuju ke arah perempuan muda umur dalam lingkungan 20 tahun yang duduk bersendirian di kerusi menunggu..Perempuan muda tadi tersenyum dan menyambut tangan Ihsan lalu mencium tangan itu..Mereka nampak mesra sekali..
Tiba2, Adilla merasa manik2 airmatanya sudah mengalir keluar..Kenapa dia jemput aku kesini,walhal sudah ada perempuan lain menunggu..Ihsan..kau sungguh kejam,"kata2 pilu dlm hati Adilla ..Dia terus berlari keluar..
"Cik Adilla..Cik Adilla..tungguu.."suara Ihsan menjerit memanggil Adilla.Ihsan berlari ke arah Adilla..Adilla merasakan kakinya kaku tidak bergerak bila Ihsan memanggil namanya..Ihsan sudah didepan matanya..Dia mengeluarkan sapu tangan kain cotton lembut warna merah hati..lalu mengesat airmata Adilla..
"Kenapa menanggis,tak sudi jumpa saya ke,"Kata Ihsan berseloroh.
"Awak yang nak permainkan saya..apa awak cuba buat ni..kenapa jemput saya kesini,"kata Adilla dengan nada sedih.
"Ohhh..saya faham..Acu,mari sini."Ihsan memanggil perempuan tadi sambil melambai isyarat tangan supaya datang ketempat mereka.Perempuan itu melangkah laju kearah mereka.
"Ada apa Along..siapa wanita manis ni?..Along tak pernah bagitau Acu pun,"perempuan itu meminta penjelasan Ihsan.
"Ni Cik Adilla..dia kawan Abang yang istimewa tau..err..Adilla,kenalkan adik kesayangan saya Syikin..semenjak org tua meninggal 2 tahun lepas,saya tinggalkan dia rumah sepupu kerana saya melanjutkan pengajian di Amerika..Masa kita jumpa aritu saya tengah cuti musim panas.Jadi saya balik sini dan cari kerja sementara..Alih-alih terjumpa awak kat kedai..tapi awak garang sangat dengan saya masa tu."terang Ihsan.
"Kenapa awak tak bagitau awal2..taklah saya jadi camni..fyi ya..saya tak garang sangat..Syikin akak minta maaf ya sebab salah sangka tadi."kata Adilla sambil senyum.
"Saya maafkan kak..Along pun satu..kenapa tak bagitau Kak Adilla awal2..sekarang dia dah ingat Acu ni girlfriend Along,"kata Syikin..
Mereka bertiga ketawa..
Tuesday, May 19, 2009
Catitan Harian Yang Kurennng Bersemangat
Diari semalam (18.5.09)...
Kul 6.30 pg - solat subuh.pastu gerak anak saudara solat lak..
kul 7.20 pg - gi ngantar dia kt tmpt praktikal di Tajar Const.Sdn Bhd,Alor setar..
kul 8.15 pg - smpai sana..pastu gegas semula ke Sik..Arini ada agenda penting..
kul 8.30 pg - dok atas h-way..tiba2 masa buka tingkap keter,tiket tol melayang kuar.berenti kutip balik tiket kat atas jalan..malu sioot..
kul 9.10 pg - smpai site opis..boss dh smpai.dia ajak naik keter ke tempat meeting room..
kul 10 pg - meeting start..aku sbgai presenter aritu just present ala kadar je..mood nak keja dah kurang..kemajuan dh lambat..masuk bulan ni dh 5 bulan payment xde..alasan penjawat awam yg sepatut sign cek blom balik makan angin..kene tunggu lg..aku tak paham diorang serius ke tidak menjalankan tanggungjawab utk kerajaan dan rakyat..ni projek gomen, tapi kalu dh tahap mcm ni masih pikir perut sendiri..smpai tak ingat berkhidmat utk rakyat...hati aku dh bara masa present laporan..Jurutera Daerah dh perasan emo aku (JD tu senior aku kt UiTM)..dia pon bersuara slow sj..aku wat tak tahu..semua isu bersangkutan di hadap kat aku..aku jawab acuh tak acuh..gilaa..time masalah berbangkit suma tengok aku..isu VOP,isu teknikal,isu tanah (ni lah PTG bila keja tak mau keja),TNB,pekerja mogok,program keja utk lanjutan masa dan mcm2..macam aku sorang yg keja kat situ.Main-con pon terpingga-pingga...
kul 1.30 tghari- masa makan..JD dtg dan jabat tangan..bgtau dia bertukar ke JKR Penang Barat Daya..dgn suara perlahan dia minta maaf sbb xsempat nak tolong..
kul 2.30 ptg - boss datang jumpa dgn muka masam gtau yg penjawat gomen ni teruk,janji dari minggu lepas smpai skang masih xde apa2..kami dh pening..duit nk pusing keja xde..
kul 4.30 ptg - otak aku dh letih dgn benda2 gini yg selalu sangat berlaku..bila nak sign cek payment mesti alasan cuti,makan angin dan tukar pegawai baru..low efficient and not responsible..nak sign pun kene minum kopi sekali..sungguh malu dgn bangsa lain...
kul 8-9 mlm - gi maen badminton di dewan MCA Gurun..dgn kaum cina..kami bersahabat tak kira bangsa..janji boleh cari makan bersama-sama..dia nak mengata belakang tentang bangsa aku apa bulih buat kalu dh gitu perangai kita...
Sunday, May 17, 2009
Dia Kekasih ku...Harapan ku pada Mu
Saturday, May 16, 2009
Selamat hari guru..
Semasa sekolah dulu wlpon aku dlm kelas yg diketegerikan pandai tapi sebenarnya aku juga ada buat salah yg banyak..errr..ponteng kelas,bergaduh pon ada (bergaduh dgn cikgu pon ada ehhh), malas wat kerja sekolah serta mengutuk cekgu yg tak serasi dgn kami sekelas..
Kenapa aku bergaduh dgn cekgu ni..(Cikgu Abdullah masa tu umur dia dlm lingkungan 40tahun)..semasa aku dan geng2 sekampung datang lambat ke sekolah dlm kul 8.15pagi, kami akan menyorot kot pagar sekolah..selalu ok ja...tp hari tu ntah apa naseb, pengawas2 (mmber kami jugak) telah berjaya mengesan kami...tertewas jugak kami akhirnya..so..kami di arah beratur oleh Ustaz Wan Sulaiman..dia cikgu disiplin juga (baik dgn aku sebenarnya)..di samping dia adalah Cikgu Abdullah yg tersangat garang dan dikira jarang senyum..
Semasa Cikgu Wan Sulaiman mengarahkan aku pergi beratur, Cigu Abdullah telah memegang bahu aku sbb tak puashati dengan alasan aku lambat ke sekolah..alasan aku biasa lah iaitu beskal rosak paderhal mmg basikal rosak..huuhuu..
Dia pegang bahu aku wrong time lak..aku baru nak melangkah ke depan barisan geng2 brutal yg tertangkap seterusnya akan di hukum rotan depan khalayak awek-awek yg chomelll2 (selalu diorang akan mengintai kot celah tingkap kelas..)
Tiba2 dia tersentap ke depan akibat memegang bahu aku akibat pergerakkan kaki ku yg cepat dan tgh lemah lutut sbb dh nampak rotan...Apa lagiii..
"Hoiiii...kau nak bergaduh dgn aku ke..kurang ajar betul,"laung Cikgu Abdullah.
Dlm hati aku...apesal cikgu ni tiba2 marah plak...
"Ada apa cikgu,"aku sahut dgn selamba..mana aku tahu sentapkan tu wat dia naik angin..
Bukkk!!! dia tampar belakang aku..kena...kali kedua dia cuba tumbuk,aku sempat tahan...
Dia makin naik angin..dia pegang tangan aku dan goncang aku depan belakang..
"Kau nak lawan aku ke..,"marah Cikgu Abdullah.2-3x diulangnya.
Cikgu Wan Sulaiman datang dan meleraikan kami..Cikgu Wan sulaiman suruh aku duduk..
Dia menenangkan Cikgu Abdullah...
Tapi aku bertindak lagi cepat dengan menceritakan punca sebenar kejadian tu..
Cikgu Wan Sulaiman mengangguk...Aku berdepan dengan Cikgu Abdullah dan mohon maaf dgn dia...walaupun muka dia masih merah padam..aku tak peduli suma tu sbb bukan salah aku..keadaan yg memaksa jdi begitu...Dia diam saja...ok lah..pastu aku salam dgn dia..dia sambut tangan aku...Aku tak pasti samada dia betul2 maafkan aku..yg penting aku dh buat yg termampu aku je...
Tapi yg tak mampu aku tahan ialah malu di depan pengawas pompuan a.k.a awek aku...apaaa daa kejadian ni berlaku depan mata dia...tapi dak kesah sbb dia dh kawen dgn org lain...hoooohooo...
.................................................................................................................................
P/S : maaf yer..penulisan tak berapa baek kebelakangan ni sbb bz N jiwa kaco skit..letih smpai xdan nk berehat...semangat pon dh tahap level lampu merah lip-lap-lip lap..
Banyak sekali sambutan hari penting dlm bulam mei ni..hari buruh..hari ibu..hari guru..dan my besday(13hb.19**)..dh tua rupanya gua ni..uhukk..uhukk..
Friday, May 15, 2009
Hantu galah yg degil
Kawasan tu mmg bersebelahan KLCC ..Aku ditukar kesitu dr projek Kondominium Berjaya Central Park,Jalan Ampang (owner Berjaya Group) kerana disana kompeni aku mengalami masalah pengurusan yg tak berapa baik..projek lewat & rugi dari kontrak asal..aku dihantar utk membantu management disana.
Too much things to think...I've done my job greatly but in a half way because someone doesn't want to see me success and cut my leg (bukan potong kaki tapi cantas n tikam belakang..hehe)..Hohhh..ni bukan tuk N3 ni...
Di projek The Binjai itu mmg mengalami masalah yg pelbagai..tower crane putus tali kabel,skylift yg selalu rosak (cuba pikir kene menapak ke tingkat 36 naek tangga..mammposs),diganggu setan2 yg dok kat building tu dan kemalangan2 biasa..
Jadi pada aritu ada aktiviti konkrit sampai 6 pagi..so..aku kene standby..kerja tahap gila - 24 jam sehari dan 28hari sebulan..2 ari je cuti..success mean to sacrify all what u have (time,energy n enjoylife)..
Tgh syok2 dok menjalankan aktiviti konkrit tetiba tower crane rosak plak kul 3 pagi..paderhal malam semalam pon dh rosak..ku capai walkie-talkie...
"srettt..srett..Abg Abu..pehal tower crane xmao gerak..operator nk buang *** ke?srett..srett"aku tanya.
"srett..Kalu buang *** takkan lama sngt..kren dh kiok le.belakang mesin dh berasap."terang abg Abu,operator kren..
"Kan semalam dh repair..takkan dh rosak balik."kata aku.
"Abg perasan ada makhluk hitam bulu lebat dan tinggi kat belakang motor mesin kren td.Masa tu la kren ni xmau bergerak,pastu tiba2 berasap kat belakang,"gtau abg Abu..
"Lor..takkan benda tu ganggu lagi.bukan dh panggil bomoh ke,"jelas aku.
"Tak jadi le tu.Ingat dh mengamok apa.Benda tu dok tunggu kat belakang tadi.Tiba2 tali kabel rasa berat nak jalan.Aku ingat tong konkrit lebih muatan jadi tekan minyak lebih skit utk nagkat naik.Rupa-rupanya menatang tu yg sekat tali ..hmm..berasap la mesin motor kabel tu."terang abg Abu..
"Kalu gitu turun cepat2 le..saya tunggu kat skylift ni."kata aku.
"Apa plak..aku dh turun.skang aku dh ada bawah kt opis ni,"kata abg Abu.
"Abes,tinggal saya dan geng konkrit je lah kat atas ni..baik punya mmber,"kata aku.
"Aku turun kot skylift tu..tp jalan kesana gelaplah..ada org ikut aku td..ingtkan kau dan geng2 tu,"kata abg Abu.
Masa nak smpai ke skylift tu yg teruk sbb kena lalu ruang gelap dan menyeramkan..dh la tempat org jatuh pun kat situ...Jadi aku pun buat2 donno je bila lalu kat situ walaupun aku perasan menatang tu ada follow kat belakang..
Masa nak turun dgn skylift tu plak,tiba2 dia punya button down tk mau nyala..mmg sah benda ni nk main2..apa lagi terpaksa lah menapak turun dgn geng2 kerja konkrit dari tingkat 36 ke tingkat 2...setiap tingkat tinggi 3.5m..bayangkan...gila punya hantu..degil sungguh nak nyakat kami...
Esok pengurusan panggil bomoh yg agak bagus dan terus pindahkan menatang tu..
By the way..kalu nak tahu tempat tinggi mmg selalu jin dan syaitan suka duduk..kekadang menatang tu berpeleseran lalu merentasi tempat2 tinggi cam bangunan tinggi..
Tuesday, May 12, 2009
Perjuangan Pahlawan Badar Yg Patut Dicontohi
Sunday, May 10, 2009
Makan diri
Pada suatu hari aku arahkan beliau supaya jadi "chainboy" mengikut Surveyor untuk buat "peg" kawasan basement.Untuk pengetahuan semua, di kawasan basement dlm pembinaan tu banyak lubang2 yg belum ditutup..Jadi aku bagitau dia supaya hati2 jgn pijak plywood nipis (utk tutup lubang) kerana lubang tu dalam dan ada air serta selut..Dia menganggukkan kepala tanda faham.
Kebetulan aritu ada lg 1 Chainboy nama Man..Mereka berdua mmg sahabat baik kat tapak kerja..Semua persediaan utk buat peg (tanda kawasan) dh diurus.Mereka berdua menunggu Surveyor datang.
"Man..kalu kau nampak plywood,kau jgn pijak sbb ada lubang kat bawah.Uxop dh pesan kat aku,"bagitau Amir kat Man.
"Aku dh tau le..kau tu yg kena hati2,"balas Man.
"Aku ingt kau tak tahu lg,"kata Amir ..
Bila selesai membuat peg,mereka berdua aku arahkan naik keatas.Sedang dalam perjalanan naik keatas mereka kena melalui banyak lubang yg ditutup plywood..Sebenarnya plywood yg menutup lubang tu ada kekeliruan dgn plywood yg sengaja disusun selepas digunakan..mmg susah nak dibezakan..
"Man!!kau jangan pijak plywood tu..ada lubang.."jerit Amir kat Man.
"Mana?."Balas Man kehairanan.
Tiba-tiba..Pranggggg..bunyi plywood pecah dan diikuti dgn bunyi..bukkkkk..ada orang jatuh.
"Apasal kau dok atas plywood tu,"kata Man.
"Aku ingatkan ni plywood diorang susun,rupa-rupanya ada lubang kat bawah."jawab Amir dengan keliru.
Aku bergegas turun tgk..aku nampak Amir terjerumus dalam lubang berisi air dan selut..basah kuyup..Man kat atas cuba tarik Amir naik sambil ketawa terbahak-bahak..
"Apasal ni,"aku tanya diorang.
"Kau tgk Amir ni.Dia jerit kat aku jgn pijak plywood tutup lubang,tapi dia yg jatuh dalam lubang.hahhaaaha.,"jelas Man sambil ketawa terbahak-bahak.
"Tu la tadi aku dh pesan..yg kau pi suruh org jgn pijak tapi kau pijak pulak kat lubang tu buat apa!,"kata aku..
"Aku nak elak plywood tu tapi dah tak sempat sbb kaki aku dh dok kat atas plywood,"terang Amir yg masih terkejut dan basah kuyup..
"Dah..dah..balik umah tukar baju dulu.Nanti aku belanja kau orang minum,"kata aku sambil gelak besar.
Tu la dia..kena tengok keadaan kita dulu sebelum kita tengok orang..kah..kahh..kahh
........................................................................................................................................
P/S : Selamat Hari Ibu kat ibu di kampung,semua ibu rakan2 blogger dan bakal2 ibu..without u who am i...
Friday, May 8, 2009
Tazkirah - Hati
2.Hati yang sakit :
3.Hati yang mati :
Thursday, May 7, 2009
Kereta mini puteh berhantu..
Semasa otw(on the way) balik dr kl ke kelantan melalui jalan lama iaitu Merapoh -Felda Sungai Koyan (kawasan kemalangan maut yg tertinggi), Pudin bersama 2 org kawannya terlalu seronok memandu kereta smbil bercerita perihal orang ramai yang terserempak van putih yg memotong kenderaan tapi tiada pemandu.Pada waktu tu sudah pukul 2 pagi bila mereka melalui jalan tersebut.Sekeliling memang gelap sebab dikelilingi ladang pokok sawit dan bukit.
Pudin tak percaya cerita van putih tu dan menempelak kawan2 nya..
"Mana ada hantu boleh pandu keter (van).Tak logik sungguh,"kata Pudin
"Mu jgn cakap besar Pudin.Nanti dia tunjuk sungguh naya kita,"balas Ajis.
Memang betul kata Ajis..selang 5 minit je lepas tu ada satu keter mini putih melintas dgn laju keter diorang.
"Kau nampak tu..Mini putih melintas kita..perasan ada driver tp tak nampak muka,"kata Mat Yim..
"Ahh..perasaan kau je tu,"kata Pudin.
Lepas tu selang 5 minit lagi,ada lagi sebijik keter Mini putih memotong keter diorang..
"Kau nampak tak tu..kita mana ada pintas keter tadi.Tiba2 dia memotong kita plak,"kata Ajis.
"Ya lah.Tapi mungkin kita tak perasan kot dia berhenti tepi jalan ke tadi,"balas Pudin utk menyedapkan hati yg dh kecut tu..
Tiba-tiba..
"Ehh..ada lagi sebijik Mini putih potong keter kita.Biar betul ni,"kata Mat Yim dgn cemas dan terketar-ketar.
Mereka semua terkedu dan berpeluh sakan di malam yg dingin tu..Hati mereka dh syak yang bukan-bukan..Syaitan ni betul2 nak tunjukkan kat diorang kot yg hantu jugak boleh bawa keter.
Tengah berada dalam ketakutan tu,tiba-tiba datang lagi sebijik Mini putih dari arah belakang dgn laju dan memberi isyarat lampu tinggi smbil memintas kereta diorang..
"Tak boleh jadi ni.Kita kene cari tempat org ramai utk berhenti.Aku dh meremang bulu roma,"kata Pudin.
"Tu la kau.Tadi aku dh kata jgn cakap besar tpi kau degil.Tgk dia dh tunjuk betul2,"kata Ajis dengan sora tesekat-sekat kt kerongkong sbb betul2 takut.
"Cuba kau fikir..mana ada kita potong keter Mini tadi..Tiba2 asyik dia je dok potong kita,"kata Mat Yim..
"Oowww...tak leh jadi ni..kita cari tempat rehat dulu.kalu bulih tido kat sana.Pagi sok baru kita gerak ke KB,"Ajis bagi cadangan.
"Aku setuju,"kata Pudin dan Mat Yim.
Setelah memandu lebih kurang 5km, mereka nampak tempat rehat/makan kat Merapoh..
Mereka pun berhenti utk hilangkan ketar2 lutut dan sendi2 mereka dulu..muka masing2 dh pucat ..
Tiba2...
"Ehhh..bukan kah ni keter Mini putih tadi,"kata Pudin.
"Ya laaa..tapi apsal banyak sangat keter Mini putih ni,"kata Ajis dengan penuh kebengongan.
"Cuba kau lihat sana..Dia orang ada konvoi keter Mini ke KB laaa..Chessss,"marah Mat Yim tak puas hati..
Keh..kehhhh..kehh..Padan muka diorang..lain kali nak balik Kelantan ajak aku sekali...
Tuesday, May 5, 2009
ISO YG MENDEBARKAN
Saturday, May 2, 2009
Lain kali cepat2 ngaku tau..
Pada ari ahad tu kami amik bas kul 6.30ptg sbb xmao smpai lewat ke ITM.Jadi lepas berebut dgn org yg selalu ramai,akhirnya kami berjaya naek...Dalam enak2 mengantuk smbil dibelai angin sepoi2 bahasa dari luar bas,tiba-tiba aku terdengar bunyi yg membuatkan semua org membebel..
Pruttttt...pruuuuttt...prut..seshh(yg last ckali ni pendek n lembut je)...
Adoiiii..putus angin nk tido disebabkan oleh bunyi tersobut yg beserta bau yang menusuk kalbu diketika org ramai bersesak dalam bas...kureng asam tul org yg lpskan bom petrol tu..kalu nk bakar bas tu agak2 le..
"Siapa yang lepaskan kentut tadi tu,"tanya pemandu bas dgn nada tak puashati.
Semua penumpang diam dan tak mengaku..
"Alahh,ngaku je.takde org nk marah kt hangpa le,"ulang pemandu bas.
Bas dh berhenti beberapa kali dan dh sampai pertengahan jalan..tapi pemandu bas masih tak puashati (aku cam sbb pemandu bas asyik pandang belakang je).
Kringggg..loceng berhenti berbunyi..2 orang amoi nak turun bas..
"Yang kentut tadi tu dh bayar tambang ke blom?"tanya pemandu bas dgn serius.
Tiba-tiba ada orng menyahut..
"Dah bayar tadi bang,"sahut org yg tak ngaku tadi dgn pantas dan yakin.
"Ooo..dh bayar ye,"balas pemandu bas.
Semua mata dh bertumpu kat penumpang yg menyahut tadi..
Chessss..binawe tullll..tk lain tak bukan...member aku si Lobo rupanya...
Bikin malu kompani saja..nasib baek dia dok belakang aku..kalu sebelah aku mahu je luku kepala dia...
lagi 25minit nk sampai ITM,suma penumpang lain asyik dok tengok kami je..malu nye..
Bila dh sampai dan nak turun tangga..pemandu tu menyapa..
"Lain kali ngaku cepat2..hangpa ni...tau buang je,"kata pemandu bas.
So, aritu kami terpakse pulau kan Lobo yg tk bertanggungjawab tu..
Pengalaman mendapat surat chenta..
Penampilan masa tu mmg kene jaga walaupun berseluar bell bottom (famooss ms tu tmbhan lak kasut northstar (klon converse)..minta maaf ye tu dulu mmg top.aku slh sorang top up..ehh..top 5 paling disukai cikgu n junior2..kalu anugerah pelajar cemerlang selalu dok no.3 ke 5 antara kelas2..cehh..riaknya aku..tp ni mmg betul..
Pada suatu hari aku telah dipanggil menghadap cikgu Yusof Awang (Kimia).Sebelum keluar dari kelas aku telah dihampiri kawan aku si Azlan (mmg boya tembaga ni).Dia bagi isyarat kenyit mata..aku rasa dh lain macam budak ni..
"Mu kenyit mata kat aku ni ada gapo Lan weii,"tanya aku.
"Errr..igt tak budak junior yg aku nk tackle tu.Dia kirim salam kat mu,"bagitau Azlan.
"Maksud mu si N****(nama dirahsiakan).Tak caya ahhh.Kau lg ensem dari aku.Aku ensem skit je.Lagipun aku teman kau je aritu,"kata aku.
"Mu tak caya..ikutmu lah,"nada Azlan yg tak puashati.
Aku mls nk layan budak sorang ni jadi terus keluar.Setelah abis berjumpa dgn cikgu Yusof dalam lebih kurang 1jam,aku kembali ke kelas.
Sekejap lagi subjek Add math..jadi aku seluk beg(beg jerut) utk kuar kan buku nota..
Aku kuarkan buku nota dan cuba buka halaman yang last sekali..
Masa tengah belek buku tu..tiba2 perasan ada satu envelop bunga2...
"Aduiihh..apa lak ni,"aku membebel sorang2.
Aku terus buka sampul yg berbau wangi tu....dan ada satu surat yg berbunyi :
"Abang Uxop,saya nak berkenalan dgn abg.Aritu saya malu sebab ada Azlan.Harap abg Uxop sudi lah berkenalan dgn saya.Masa mula2 jumpa aritu saya rasa abg lg baik dari si Azlan tu.Nanti saya nak jumpa abg lepas balik sekolah.Ikhlas dr N*****."
Mammposs aku..mana aku biasa nak bercinta-cintun dgn gurl..lagipon masa tu aku masih berkawan dgn geng2 yg takde awek dan ganas(selalu bergaduh sbb ikut geng kampung)..
Jadi lepas sekolah aku terus bgtau geng2 brutal yang diorang kene cover aku kluar cpat dr sekolah..mana tau kot2 bdk junior tu dh standby dgn geng2 dia..maluuu ahhh aku nk bercouple-couple time tu..
Esok gi sekolah dan terserempak dgn budak junior tu..tapi muka dia masam mencuka..
"Maafkan abg ye sbb mmg maluuu arhh..."bisik dlm hati tapi sbnrnya mmg nk gila berkenalan dgn junior tu.
Kau orang camna?mst pernahkan..kan..smpai skang aku menyesal.kalu dak dh kawen la ni..ank dh 2-3 org dh.