Saturday, May 23, 2009

Angin Kehidupan


Bisikan lembut angin mendayu-dayu..
Dalamnya tergulung kata-kata hati..
memenuhi ruangan minda dan fikiran..


aku sudah berada di puncak..
aku tidak perlu bersusah payah lagi..
lautan manusia memerlukan aku..
aku lah yang berhak mendapat sanjungan itu..


Sekali ini taufan membadai kata-kata angkuh itu..
menembusi mata hati buta yang kecelaruan..
Kenapa taufan ganas ini terlalu kejam..
memadam kegemilangan yang dicipta..


Tidakkah manusia ingat..
angin lembut mendayu-dayu itu..
sekadar ujian bagi hati yang lalai..
taufan membadai itu..
adalah sebaik-baik pengajaran bagi yang lupa..
Dua-duanya adalah dari Yang Maha Esa..
Untuk peringatan kepada manusia..

2 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

bersajak ye?

pandai ouhhh.

UXOP said...

Lol..
ehh..ehh..Lol lagi pndaai apa bab2 sastera ni..
meh perturunkan ilmu tu kat abg uxop cepat..upah sejam tiga samas/amah ..hehe

Islamic Clock